Tuesday, May 30, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

PRN Sarawak: Biar rakyat nilai prestasi GPS, kata Abang Jo

PETALING JAYA: Ketua Menteri Abang Johari Openg meminta rakyat melihat rekod prestasi Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta apa yang telah dilakukannya untuk rakyat selama ini, sebelum membuat penilaian.

“Lihat saja apa yang telah kita lakukan. Dalam pilihan raya negeri (PRN) ini, lihatlah prestasi kita. Saya tidak mahu bercakap tentang orang lain.

“Rakyat boleh menilai rekod kami sejak empat tahun lalu apabila saya mengambil alih dari Tok Nan (Adenan Satem). Setengah orang mengatakan GPS dan Abang Jo hanya mengumumkan sesuatu namun tidak membuat kerja.

“Bagaimana kita boleh melakukannya apabila kita mengumumkan? Saya tiada lampu Aladdin dan sudah tentu mengambil masa untuk dilaksanakan,” katanya menurut laporan The Borneo Post.

Jelas beliau, kerajaan negeri sentiasa mengotakan janji dan bukannya seperti pihak lain yang hanya bersuara namun tidak mengambil peduli tentang rakyat.

“Apabila saya kata, kami akan tunaikan. Kami sentiasa peka kerana ketika ini kita tahu rakyat menderita,” katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah di Sentosa Hawkers’ Centre, di sini.

Pada masa sama, Abang Johari juga mengingatkan orang ramai supaya menilai sesuatu perkara yang ditularkan di media sosial terutama sewaktu PRN ini.

“Di media sosial, kita perlu menilai mana betul dan mana fitnah. Saya serahkan kepada rakyat untuk menilai tetapi kami, bekerja keras demi rakyat Sarawak,” katanya.

Biar rakyat nilai prestasi GPS, kata Abang Jo

Berkaitan