PRN Melaka : Amanah akan beri tentangan sengit, sasar tanding tanding 10 kerusi

Amanah menyasarkan untuk bertanding lapan hingga 10 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka bulan depan.

Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Asmuni Awi berkata, jumlah kali ini bertambah berbanding hanya enam kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya, jentera pilihan raya Amanah akan digerakkan ke kawasan tumpuan yang dijangka ditandingi parti itu pada PRN Melaka nanti.

“Kita telah buat persiapan awal dengan mengaktifkan jentera pilihan raya terutama di peringkat negeri dahulu.

“Saya sendiri telah turun ke Melaka sejurus pembubaran Dewan Undangan Negeri untuk melihat persiapan dan memberikan panduan kepada jentera pilihan raya peringkat negeri.

“Alhamdulillah, persiapan kami berada di ‘top gear’. Insya-Allah selepas ini jentera operasi nasional akan turun ke Melaka untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Pada PRU14, Amanah menang dua kerusi daripada enam yang dipertandingkan. Kedua-dua kerusi itu ialah DUN Durian Tunggal dan Bukit Katil.

PRN Melaka: Amanah sasar tanding 10 kerusi

Terkini

Berita Berkaitan