Polis mohon perintah mahkamah terhadap Dong Zong, Hanipa tidak setuju dengan tindakan itu

Bersuara sudah kelompok penjilat kiasu untuk menjadi benteng hadapan, itulah dia Hanipa Maidin, siapa tidak kenal, apa sahaja yang menganggu puak-puak kiasu pasti dia akan tentang, malah mengkritik siapa yang menghalang puak-puak kiasu ini.

Lihat sahaja tindak tanduknya, Hanipa Maidin kata dia tidak bersetuju dengan tindakan polis memohon perintah mahkamah untuk kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong mengadakan himpunan pada sabtu 28 Disember 2019.

Katanya semua warganegara. tanpa megira warna kulit berhak menyuarakan kritikan dan amarah sekiranya kecewa dengan kerajaan.

Bagi penulis, adakalanya permainan politik kita kena faham juga, yang setuju supaya jawi diwajibkan di sekolah bukan kebangsaan adalah Kementerian Pendidikan ketika PH memerintah.

Malah hanya tiga mukasurat sahaja, itu pun bukannya untuk mempelajarinya dengan lebih menyeluruh, tetapi ia hanyalah pembelajaran ilmu. Tidak berat pun.

Yang menjadi masalah, Dong Zong anggap ini berbahaya kepada sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan.

Semacam menghasut orang cina supaya menolak Jawi secara total. Itu yang menjadi masalah besar, mereka kata ingin menjaga toleransi, tetapi cara mereka untuk menolak Jawi ini ibarat membenci tanpa sebab.

Melampau namanya. Toleransi apa namanya kalau secara rasis mengkritik Jawi dan seni khat. Bukannya ia memberi impak yang teruk pun kepada pelajar-pelajar bukan Melayu.

Bacaan dibawah ini selanjutnya..

Hanipa tak setuju polis mohon perintah mahkamah terhadap Dong Zong

PETALING JAYA: Hanipa Maidin tidak bersetuju dengan tindakan polis memohon perintah mahkamah untuk kumpulan pendidikan Cina, Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) tidak meneruskan persidangan membantah pengenalan Jawi di sekolah vernakular esok.

Timbalan menteri undang-undang itu mengingatkan semua warganegara, tanpa mengira kaum atau agama, berhak menyuarakan kemarahan dan kekecewaan terhadap kerajaan.

“Saya mungkin tidak bersetuju dengan saudara-saudara saya dalam Dong Zong, tetapi saya menghargai hak asasi mereka untuk menyuarakan pandangan terhadap dasar-dasar kerajaan,” katanya kepada FMT.

Hanipa juga tidak bersetuju dengan pandangan mahu Dong Zong diisytiharkan sebagai entiti haram.

“Saya hanya memandang seluruh isu ini dari segi keadilan,” kata bekas peguam itu.

Polis memohon perintah mahkamah itu bagi mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam, selepas menerima banyak laporan polis dari seluruh negara berhubung persidangan itu.

“Polis akan ambil tindakan tegas sekiranya ada pihak yang enggan mematuhinya,” katanya dalam kenyataan,” kata Ketua Polis Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Dong Zong berkata mereka akan mematuhi perintah mahkamah dan membatalkan sidang itu.

Persidangan itu, yang dijadualkan berlangsung di Kolej New Era di Kajang pada 1pm esok, mahu membincangkan pengenalan Jawi dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah vernakular.

Pengkritik memberi amaran persidangan itu boleh mengundang reaksi daripada pertubuhan-pertubuhan Melayu.

Sementara itu, Pemuda DAP juga tidak bersetuju dengan tindakan polis memohon perintah mahkamah terhadap acara Dong Zong, mengatakan ia menyalahi hak-hak perlembagaan mereka mengikut Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Pemuda Howard Lee Chuan How berkata kerajaan mengadakan libat urus dengan Dong Zong di beberapa peringkat dan cara megenai acara esok.

“Meskipun polis berhak mempertimbangkan dasar dan risiko keselamatan, ia tidak sepatutnya mengambil tindakan yang sama seperti mengekang kebebasan bersuara, terutama mengenai perkara berkaitan dasar-dasar awam,” katanya dalam kenyataan.

Lee berkata keputusan polis itu menetapkan “duluan berbahaya” untuk Malaysia Baru dan berlebihan.

“Polis harus melindungi hak Dong Zong untuk berhimpun secara aman, seperti penganjur Kongres Maruah Melayu dilindungi,” katanya.

FMT

Terkini

Berita Berkaitan