Sunday, March 26, 2023

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Panas! Jana Wibawa, lagi ditahan, kali ini seorang pegawai SPRM dan 4 individu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang...

Polis halang ceramah Zakir Naik dalam satu program di Perlis

Akhirnya kita tunduk kepada desakan mereka. Bukan ceramah umum pun. Pergi lah halang menteri yang bercakap secara terbuka menyentuh sensitiviti Agama Islam dan Bangsa Melayu dan mempertikai apa yang termaktub dalam Perlembagaan dan kontrak sosial.
…………

KANGAR — Polis menasihatkan penganjur Malaysia Revert Camps membatalkan slot ceramah pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik dan keluarganya pada program itu yang bermula semalam hingga Ahad ini bagi menjaga sensitiviti dan desakan pelbagai pihak.

Ketua Polis Perlis, SAC Noor Mushar Mohamad berkata, nasihat tersebut dipersetujui Mufti Negeri, Dr Asri Zainal Abidin dan pihak Jabatan Mufti negeri telah pun mengeluarkan surat kepada penganjur untuk mengecualikan Zakir dan keluarga daripada bercakap pada program tersebut agar tidak timbul sebarang isu.

Selain Zakir, isteri beliau Farhat Naik serta anak mereka Fariq, Rushda serta Zikra dilapor turut diberikan slot ceramah pada program itu yang dianjurkan oleh One Centre Malaysia Perlis (OCMPs)

“Sebanyak 150 laporan polis telah dibuat. Program boleh diteruskan dan Zakir Naik dibolehkan hadir pada program itu, tetapi dilarang berucap dan memberi ceramah sama sekali,” katanya kepada media selepas Majlis Serah Terima Tugas Lima Ketua Jabatan Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.

Mushar berkata sekiranya penganjur masih membenarkan Zakir dan keluarganya untuk memberi ceramah, tindakan akan diambil di bawah undang-undang yang bersesuaian termasuk di bawah Akta Perhimpunan Aman. — Bernama

Berkaitan