Monday, December 5, 2022

Panas! Muhyiddin minta Adun PH berpaling tadah bagi jatuhkan PH di Selangor

Naib Presiden PKR, Amirudin Shari mendakwa Pengerusi...

Hebat! Usaha sedang dibuat agar Jemaah Menteri Anwar tak tahan lama, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa usaha...

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

PN kalah teruk di Melaka!! Dua adunnya duduk di blok pembangkang

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) akan duduk di kerusi pembangkang pada Sidang Pertama (Khas) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 selama empat hari bermula 27 Disember ini.

Menurut Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Melaka Mohd Yadzil Yaakub beliau dan ADUN Sungai Udang Mohd Aleef Yusof masih dianggap sebagai pembangkang selepas berseteru dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) lalu.

ADUN Bemban itu berkata, sehingga kini masih belum ada sebarang perbincangan atau tawaran daripada mana-mana pihak mengenai kedudukan dua ADUN PN daripada Bersatu.

“Memandangkan kita bukan kerajaan di Melaka, maka kita tidak tahu apa keputusan daripada pihak kerajaan negeri. Justeru, kita teruskan jadi pembangkang yang baik dan memberi khidmat kepada rakyat,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

BN memperoleh kemenangan besar pada PRN Melaka baru-baru ini dan berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti besar selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Kedudukan dua ADUN PN itu sekali gus menimbulkan tanya tanda berikutan BN dan PN mempunyai kerjasama di peringkat persekutuan.

Mengulas pelantikannya sebagai Ketua BPN Bersatu Melaka yang baharu, Mohd Yadzil berkata, ia adalah cabaran besar buat dirinya yang memikul amanat untuk menstruktur semula kepimpinan parti di negeri itu.

Katanya, fokus kini tertumpu kepada usaha memperkasakan asas Bersatu di Melaka dan memastikan parti itun bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum Ke-15 (PRU15).

“Asas Bersatu memang sudah ada di Melaka. Kukuh atau tidak kita kena lihat daripada pelbagai sudut. Saya akan terus memperkasakan Bersatu seperti yang dilakukan pemimpin terdahulu,” katanya.

2 ADUN PN duduk di blok pembangkang

Berkaitan