Sepatutnya Dong Zong yang perlu diambil tindakan, ini kerana tindak tanduk kumpulan ini yang cukup rasis, takkan hanya tiga muka surat sahaja ada tulisan jawi sudah jadi sawan?
Kata mahu jaga toleransi, tetapi niat mereka ibarat menyimbah minyak ke api yang marak, hormatilah sedikit perlembagaan, jangan ingat bila dah nama minoriti, oh segalanya perlu dengar kata sahaja sampai majoriti tunduk kepala.
Sekiranya Dong Zong ingin meneruskan juga kongres anti jawi, mungkin di lokasi yang lain, harap pihak berwajib batalkan segera.
Sebab ramai pro nasionalis dah panas hati dah tu. Kalau ego melawan ego, lain jadinya nanti. Toleransi Melayu pun ada hadnya, kalau perlembagaan pun tidak reti nak hadam, baik lupakan sahaja mengaku sebagai warga negara Malaysia.
Ambil tindakan ke atas pihak ancam ganggu majlis Dong Zong, kata Kit Siang
PETALING JAYA: Susulan perintah melarang kumpulan pendidikan Cina Dong Zong daripada mengadakan satu kongres berkaitan pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular, pemimpin DAP Lim Kit Siang hari ini menggesa polis mengambil tindakan ke atas pihak yang mengancam untuk mengganggu acara tersebut.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, polis sepatutnya tidak mengharamkan majlis tersebut walaupun ia berdepan tekanan berikutan “ancaman kumpulan ekstremis yang tidak bertanggungjawab dan bertujuan mencetuskan kekacauan”.
“Kini pihak polis bertanggungjawab membuktikan bahawa ia bersikap adil dengan mengambil tindakan ke atas pihak yang tidak mempunyai apa-apa sebab untuk mengganggu satu pertemuan tertutup anjuran Dong Zong,” katanya dalam satu kenyataan.
Lim berkata, Wawasan 2020 tidak akan tercapai pada tahun depan, yang akan bermula 4 hari lagi, sekiranya rakyat tidak dapat menyelesaikan krisis berhubung tulisan Jawi itu dengan “cara Malaysia yang aman dan sepakat”.