Saturday, March 25, 2023

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Panas! Jana Wibawa, lagi ditahan, kali ini seorang pegawai SPRM dan 4 individu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang...

Petugas kesihatan New York alami alahan teruk lepas disuntik vaksin Pfizer

Seorang pekerja kesihatan di New York mengalami tindak balas alergi teruk selepas disuntik vaksin COVID-19 Pfizer, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut majalah Newsweek, memetik pegawai, kes ini yang pertama daripada lebih 30,000 orang yang menerima suntikan vaksin di bandar ini.

Menurut majalah itu petugas tersebut telah dirawat dan berada dalam keadaan stabil. Tiada maklumat lanjut terkini mengenainya.

“Vaksin mempunyai kesan sampingan dan reaksi alahan, walaupun jarang terjadi, ia biasa berlaku. Kami juga tahu bahawa berdasarkan ujian klinikal dan laporan kesan buruk di bidang kuasa lain, reaksi seperti ini jarang terjadi tetapi telah dilaporkan berlaku dengan vaksin Pfizer, ” kata Jabatan Kesihatan dan Kesejahteraan Mental NYC dalam satu kenyataan pada Rabu.

– Bernama

Berkaitan