Tuesday, May 30, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

Pesan Najib tak nak dengar!! Harga ayam tidak naik, penternak tak muflis jika lulus subsidi awal tahun lalu

Harga ayam tidak akan melambung dan penternak tidak muflis serta bekalan telur ayam tidak akan terjejas jika kerajaan meluluskan subsidi yang dicadangkan pada April tahun lalu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, menurut beliau, pengumuman kelulusan subsidi bagi ayam dan telur semalam menunjukkan kerajaan faham bahawa langkah kawalan harga sahaja pada ketika kos pengeluaran telah melebihi harga jualan yang dikawal hanya akan membawa kepada kekurangan bekalan.

”Dengan ini saya harap bekalan ayam dan telur boleh dipulihkan bermula bulan depan sebab yang lebih parah berbanding harga yang naik ialah tiada bekalan makanan untuk dibeli,” katanya yang mengulas mengenai pengumuman tersebut.

Najib berkata, beliau percaya situasi kos pengeluaran makanan yang telah naik mendadak adalah sementara sahaja ekoran pelbagai gangguan yang berpunca daripada sekatan pergerakan di seluruh dunia pada tahun-tahun yang lepas.

Sementara menunggu pasaran dunia kembali stabil, yang paling mustahak ialah kerajaan memastikan kestabilan harga serta bekalan makanan tempatan, ujar beliau lagi. – MalaysiaGazette

Harga ayam tidak naik, penternak tak muflis jika lulus subsidi awal tahun lalu

Berkaitan