Pertikai Najib, PH seolah-olah lupa layanan kepada Anwar – Hadi

Tan Sri Abdul Hadi Awang mengkritik pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang prejudis terhadap layanan diterima oleh Datuk Seri Najib Razak yang ketika ini sedang menjalani hukuman penjara.

Presiden Pas itu berkata, persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh PH  seolah-olah mereka lupa dengan layanan yang diberikan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar semasa menjalani hukuman penjara sebelum ini.

Ahli Parlimen Marang menempelak PH yang mengkritik Najib dan melupakan layanan yang diterima oleh Anwar sebagai amalan poltik tidak matang.

“Para pemimpin PH pula hangat mempertikaikan layanan terhadap Dato’ Seri Najib yang telah dipenjarakan, seakan mereka melupakan bagaimana layanan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga pernah dipenjarakan?

“Keadaan ini menandakan politik yang tidak matang atau Melayu mudah lupa, namun bukan semua Melayu,” kata Abdul Hadi dalam kenyataan.

Menurut Abdul Hadi, Islam yang bertamadun telah ditunjukkan oleh al-Quran dan teladan daripada Rasulullah SAW yang diwahyukan supaya berpolitik secara matang.

Pada masa yang sama tegas beliau, diperintahkan agar berlaku adil dan rahmat walaupun kepada mereka yang zalim terhadapnya apabila menjatuhkan hukuman jika dibuktikan bersalah atau memaafkan sekiranya mempunyai alasannya.

“Hukuman dalam Islam bukan dengan dendam kesumat, sehinggakan bertindak melampaui batas. Sekiranya melampaui batas, maka seseorang itu berdosa dan akan dihukum oleh Allah SWT pada Hari Kiamat.

Pertikai Najib, PH seolah-olah lupa layanan kepada Anwar – Hadi

Terkini

Berita Berkaitan