Thursday, February 2, 2023

Terkini!! Bersatu hantar surat mohon SPRM batal beku akaun

Bersatu akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan...

Terkini! Abah perkenal Kabinet Bayangan PN

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin melancarkan...

Terkini!! Akaun Bersatu dibeku SPRM,

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Perghh!! Sebahagian wang negara Iraq lebih RM11 bilion yang dicuri, ditemui semula

BAGHDAD – Iraq menemui semula sebahagian daripada wang negara berjumlah AS$2.5 bilion (RM11.2 bilion) yang dikeluarkan menerusi penipuan melibatkan sebuah akaun milik kerajaan, kata Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani kelmarin.

Mohammed Shia berkata, seorang ahli perniagaan kaya-raya disabitkan dengan kesalahan mencuri daripada pihak berkuasa percukaian. Ahli perniagaan berkenaan, Nour Zuhair Jassem bagaimanapun mengembalikan semula AS$125 juta (RM560 juta) daripada wang lebih AS$1 bilion (RM4.48 bilion)  yang dia mengaku menerimanya.

“Aset Nour Zuhair akan dibekukan dan hanya akan dibebaskan dengan syarat baki dana tersebut diperoleh semula dalam tempoh dua minggu,” kata Mohammed Shia.

Skandal itu mencetuskan kemarahan meluas di Iraq iaitu sebuah negara pengeluar minyak yang kaya tetapi dibelenggu oleh gejala rasuah.

Menurut dokumen pihak berkuasa percukaian Iraq, wang itu lesap antara September 2021 hingga Ogos tahun ini menerusi 247 cek yang ditunaikan oleh lima syarikat perniagaan.

Semua wang itu dikeluarkan daripada akaun syarikat-syarikat terbabit.

Kesemua pemilik akaun tersebut dengan kebanyakan mereka melarikan diri, telah dikenakan waran tangkap.

“Pihak berkuasa yang cekap berupaya menemui semula wang berjumlah lebih AS$125 juta,” kata Mohammed Shia.

Beliau membuat komen itu semasa satu siaran langsung bersama timbunan wang tunai dalam beberapa bungkusan di sisinya.

Nour Zuhair diberkas lewat bulan lalu di sebuah lapangan terbang di Baghdad ketika cuba meninggalkan Iraq dengan menaiki sebuah jet peribadi.

Seorang lagi suspek yang ditangkap di wilayah autonomi Kurdistan, Iraq, berdepan prosedur  mahkamah bagi mendapatkan kelulusan untuk dia dipindahkan ke Baghdad. – AFP

Berkaitan