Sunday, March 26, 2023

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Panas! Jana Wibawa, lagi ditahan, kali ini seorang pegawai SPRM dan 4 individu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang...

Perghh! Budak main lato-lato dua jam tanpa henti menang kambing

SURABAYA – Hadiah utama seekor kambing menjadi milik seorang budak lelaki berusia 11 tahun apabila menewaskan ratusan peserta lain dalam pertandingan lato-lato di daerah Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia.

Chesta Khadafi dari Sedati dinobatkan sebagai juara selepas bermain lato-lato tanpa henti selama 2 jam 7 minit di pentas final.

Pertandingan tersebut diadakan di Desa Siwalanpanji dan disertai 300 peserta berumur enam hingga 16 tahun.

Penganjur pertandingan, Muhammad Subeki berkata, semua peserta tidak dibenarkan membawa lato-lato sendiri sebaliknya perlu menggunakan lato-lato yang disediakan pihaknya.

Menurutnya, pada pusingan penyingkiran peserta perlu bermain lato-lato selama 10 minit sebelum layak ke separuh akhir.

“Seramai 43 peserta layak ke pusingan akhir dan juara ditentukan menerusi ketukan lato-lato paling lama,” ujarnya.

Sementara itu, Chesta memberitahu dia melakukan persiapan dan latihan selama seminggu namun tidak meletakkan sasaran juara.

Berkaitan