Monday, December 5, 2022

Panas! Muhyiddin minta Adun PH berpaling tadah bagi jatuhkan PH di Selangor

Naib Presiden PKR, Amirudin Shari mendakwa Pengerusi...

Hebat! Usaha sedang dibuat agar Jemaah Menteri Anwar tak tahan lama, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa usaha...

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

Perebutan jawatan timbalan presiden, nama Saifuddin lebih popular

Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022 yang bermula hari ini, menyaksikan perlawanan menarik antara dua calon kanan yang mengesahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Dua calon itu ialah Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melawan dengan Naib Presiden, Rafizi Ramli.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, lima calon mengesahkan iaitu Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid; Ketua Setiausaha Pengelola, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Wanita Fuziah Salleh; Ketua Penerangan, Fahmi Fadzil; dan mantan Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Govin.

Namun, untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) hanya satu nama tersenarai, iaitu aktivis mahasiswa, Adam Adli.

Pemilihan diadakan secara digital menerusi aplikasi ADIL dan turut melibatkan pertandingan jawatan di peringkat cabang di seluruh negara.

Menurut ramalan pemerhati dan penganalisis parti itu, Saifuddin Nasution muncul sebagai calon popular yang bakal mengisi jawatan yang ditinggalkan bekas penyandang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

Nama lawannya, Rafizi tidak popular dan ketinggalan agak jauh dalam arena politik PKR berikutan tindakannya meninggalkan parti pada 2019.

Beliau hanya muncul dalam seminggu dua ini, sedangkan Saifuddin Nasution berjuang sepanjang masa bersama kepimpinan PKR.

“Anggota PKR masih mempertimbangkan adakah berbaloi untuk mengangkat Rafizi yang bersikap seperti pengecut apabila meninggalkan parti pada 2019.

“Sapu tangan berbunga tekat, buat hiasan diatas bahu, luka di luar dapat dilihat, luka di hati siapa yang tahu,” ciap seorang ahli cabang yang mahu dikenali sebagai Mat.

Katanya, Rafizi mudah kecil hati dan sikap seperti itu langsung tidak menggambarkan sifat seorang pejuang yang diperlukan PKR.

Ini, kata Mat, berbeza dengan Saifuddin Nasution yang terus setia dan taat kepada parti walau pernah kalah dalam pemilihan PKR.

Menurut rekod, Rafizi mengumumkan persaraannya daripada politik menerusi Twitternya pada 10 Disember 2019.

Beliau memberi alasan mahu menumpukan perhatian dalam bidang baru, bidang teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan internet kebendaan (IOT).

Tetapi, secara tiba-tiba bekas Ahli Parlimen Pandan itu membuat kemunculan semula dan mahu merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Keputusannya itu menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan anggota parti, sehingga ada yang membuat andaian, kemunculannya disebabkan ‘musuh ketat’nya, Azmin sudah tidak bersama PKR lagi.

“Oleh itu, beliau fikir inilah peluang untuknya keluar dari bayang-bayang Azmin? Sedangkan, perjalanan politik Saifuddin Nasution Ismail lebih jauh berbanding Rafizi,” kata Mat. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2022/04/08/perebutan-jawatan-timbalan-presiden-nama-saifuddin-lebih-popular/

Berkaitan