Wednesday, June 7, 2023

PAU 2023 dihadiri 60 peratus kepimpinan baharu kata Asyraf

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 membawa perubahan...

Kadar inflasi Negara dijangka kekal sederhana kata Menteri Ekonomi

Kadar inflasi negara dijangka kekal menyederhana tahun...

Anwar nasihat Hadi, jangan guna neratif kolot dan jumud kritik Kerajaan Perpaduan

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menasihati Presiden...

Penyokong parti mana ni? Muat naik kenyataan berunsur perkauman, Roslizal Razali akhirnya ditahan polis

Gara-gara memuat naik ciapan berunsur perkauman, lelaki yang bernama Roslizal Razali akhirnya berjaya ditahan pihak polis.

Selepas enam hari diburu Bukit Aman, lelaki yang berusia 46 tahun itu ditahan di Kuala Lumpur, pada hari Rabu untuk membantu siasatan kes hasutan.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Asisten Komisioner A Skandaguru berkata, laptop dan telefon bimbit milik suspek turut dirampas.

“Suspek ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut.

“Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

“Suspek juga ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Terdahulu, pihak polis mengeluarkan kenyataan sedang mengesan Roslizal Razali pada 6 April lalu.

Antara ciapan yang dimuat naik Roslizal ialah tuduhan wanita bakal dibenarkan menjadi imam solat Jumaat sekiranya Anwar Ibrahim terus menjadi perdana menteri.

“Malah ketika itu Hannah Yeoh mungkin menganjurkan acara solat di dalam gereja Kristian oleh remaja Islam,” tulisnya di akaun Twitter yang telah dipadam.

Muat naik kenyataan berunsur perkauman, Roslizal Razali akhirnya ditahan polis

Berkaitan