Sunday, December 4, 2022

Panas! Ini kerajaan ‘luar tabii’ kata Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor...

Terkini! Empat senator angkat sumpah di Dewan Negara

Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara...

Teruk!! Sembilan lelaki direman berkait kes rogol gadis bawah umur

KOTA BHARU: Sembilan lelaki termasuk remaja berusia...

Pengerusi PKR Perak tidak diberi makan 24 jam ketika ditahan?

Polis menafikan dakwaan bahawa Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak tidak diberi makan hampir 24 jam ketika ditahan bagi membantu siasatan kes video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata dakwaan yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Keadilan (MPN) Perak adalah tidak benar sama sekali.

“Itu semua dakwaan yang tidak betul, saya menolak sekeras-kerasnya dakwaan itu (dakwaan Pengerusi PKR Perak tidak diberi makan),” katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis kunjungan hormat kepada Panglima Angkatan Tentera di Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Naib Pengerusi 1 PKR Perak Baldip Singh yang mengatakan Farhash Wafa tidak diberi sebarang makanan selama hampir 24 jam sejak ditahan pada Selasa lepas di Johor.

Hari ini, Baldip dalam sidang media di Ipoh berkata, selain tidak diberi makanan, pengerusi PKR itu juga tidak tidur kerana melalui tempoh soal siasat yang panjang di Bukit Aman sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam untuk urusan reman.

“Selepas 1.30 tengah hari semalam, barulah dia diberi makanan, selepas majistret yang datang dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta ke IPD untuk urusan reman meminta pegawai penyiasat memberi makanan kepadanya dan seorang lagi rakan,” kata Baldip. — Bernama

http://pakdin.my/tag/bersemburit

Berkaitan