Sunday, December 4, 2022

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

Panas! Ini kerajaan ‘luar tabii’ kata Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor...

Terkini! Empat senator angkat sumpah di Dewan Negara

Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara...

Pemimpin Amanah balun cara PAS T’gganu buat pelepasan pekerja ke S’gor! Boleh saing Bangladesh katanya lagi…

Seorang pemimpin Amanah mengkritik keras acara pelepasan pekerja ke Selangor yang ditonjolkan EXCO Terengganu di media sosial baru-baru ini, mengatakan ia bukti nyata kerajaan PAS gagal mencipta peluang untuk anak muda negeri itu.

Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah, mendakwa dasar kerajaan PAS yang tidak mesra pelabur dan lembab membuatkan ramai pelabur dan pengusaha menjauhi Terengganu, termasuk sekatan serta garis panduan ke atas hiburan, riadah, dan pelancongan.

Malah, tiada usaha baik di pihak kerajaan negeri untuk membantu dan membimbing anak muda dalam aspek pendidikan tinggi dan kerjaya, meskipun Terengganu melahirkan bilangan tertinggi murid cemerlang Tingkatan 5 di Malaysia, katanya.

Keadaan itu “seterusnya membuatkan anak muda tidak berpeluang serta tidak berminat kerja di Terengganu dan ingin berhijrah ke Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan kepada FMT.

“Dengan sikap demikian, Terengganu akan menjadi ‘pesaing sengit kepada Bangladesh’ sebagai pengeksport pekerja,” tambahnya.

Semalam, EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan, dan Alam Sekitar, Alias Razak di Facebook memuatnaik gambar-gambar memaparkan acara pelepasan pekerja Terengganu beramai-ramai yang akan bekerja di Shah Alam.

“Salah satu tawaran Manifesto PAS Terengganu pada PRU14 yang lalu ialah menyediakan 20,000 peluang pekerjaan,” katanya.

Alias turut mengucapkan tahniah kepada Terengganu Human Resources Development Center atas usaha “mengurangkan indeks pengangguran” di negeri itu.

Raja Kamarul bagaimanapun membidas kenyataan pemimpin kerajaan Terengganu itu.

“Dengan berbillion ringgit dari hasil lumayan minyak dan gas, PAS Terengganu masih buntu idea dan gagal membantu rakyat,” katanya.

Beliau turut mendakwa, “Menteri Besar dan EXCO Terengganu banyak menghabiskan masa dan mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur, mengabaikan Terengganu, dan tidak menghayati denyut naluri kesusahan hati rakyat Terengganu.”

“Negeri minyak yang hanya berlagak kaya tapi rakyat terus miskin dan merana.”

Kerajaan PAS Terengganu eksport pekerja ke Selangor? Boleh saing Bangladesh, kata Amanah

Berkaitan