Thursday, October 5, 2023

[Peluang bagus] Iceland bayar RM21,700 sebulan untuk kahwini rakyat wanitanya

Negara Iceland walaupun geografinya sebuah negara yang kecil tetapi sentiasa menjadi perhatian dunia. Paling tidak disangka, walaupun sebuah negara yang kecil dan sejuk, Iceland berjaya tersenarai dalam merebut Piala Dunia 2018 di Rusia.

Kali ini kami bukan mahu bercerita mengenai kejayaan Iceland bertanding dalam Piala Dunia di Rusia tetapi kami ingin bercerita satu kisah lucu mengenai negara ini.

Jika sebelum ini Iceland menjadi perhatian dunia oleh beberapa laman berita dengan berita lucu yang berkaitan dengan bilangan penduduk negara itu, adat resam dan tradisi mereka.

Di dalam banyak-banyak isu yang di bincangkan itu ada satu isu yang paling terkenal – golongan wanita yang tinggi berbanding lelaki dan dikatakan kerajaan negara Iceland mengeluarkan resolusi untuk penyelesaian tersebut.

Negara itu dikatakan ingin memberikan AS$ 5,000 sebulan bagi setiap pendatang yang berkahwin dengan wanita Iceland. Bagaimanapun, berita ini adalah tidak relevan dan sekadar jenaka kosong di internet. sumber blog ammar

Dengan populasi penduduk 300,000, negara ini boleh dikategorikan sebagai negara terkecil di dunia. Kebanyakan penduduk tinggal di ibukota, Reykjavik. Negara ini telah beberapa kali diiktiraf menjadi negara paling aman di dunia. Jadi, tidak hairanlah ramai jejaka Malaysia yang sanggup ke negara ini untuk mendapatkan kekasih hati.

Berkaitan