Pelik! Anwar boleh kempen PRU semasa dipenjara, kenapa bapa saya tak boleh, pertikai Yana

PETALING JAYA: Anak perempuan bekas perdana menteri Najib Razak, Nooryana Najwa mempersoalkan mengapa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim boleh berkempen untuk pilihan raya ketika berada di dalam penjara, namun bapanya tidak dibenarkan berbuat demikian.

Beliau mempersoalkan adakah ia disebabkan bapanya bernama Najib, lalu beliau dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan, termasuk berkaitan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Kenapa Anwar boleh tetapi Najib tak boleh. Adakah sebab namanya Najib?” soalnya dalam satu hantaran di Instagram semalam.

Pada hantarannya, Nooryana turut memuat naik petikan berita pada 2015 mengenai Anwar, yang menyampaikan mesej melalui peguamnya Latheefa Koya, agar rakyat mengundi PKR dan calonnya ketika itu, Wan Azizah Wan Ismail.

Nooryana Najwa.

Pada 2015, Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Semalam, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan Supri Hashim dipetik sebagai berkata Najib sama seperti mana-mana banduan lain yang sedang menjalani hukuman penjara, tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Media sebelum ini memetik Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Nordin Muhammad sebagai berkata, bekas ahli Parlimen Pekan itu tidak dibenarkan keluar berkempen untuk PRU15.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitan dan hukuman ke atasnya dalam kes membabitkan dana SRC International.

Anwar boleh kempen PRU semasa dipenjara, kenapa bapa saya tak boleh, pertikai Yana

Terkini

Berita Berkaitan