Thursday, February 2, 2023

Terkini!! Bersatu hantar surat mohon SPRM batal beku akaun

Bersatu akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan...

Terkini! Abah perkenal Kabinet Bayangan PN

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin melancarkan...

Terkini!! Akaun Bersatu dibeku SPRM,

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dibuat berdasarkan hierarki beliau dalam parti, bukan berkepentingan politik.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan tersebut merupakan suatu tindakan tepat bagi memberikan kestabilan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak pernah satu Kabinet pun yang tidak menerima kritikan. Dah berapa banyak kali kita melihat mana ada satu perkara yang 100 peratus sempurna. Mestilah adalah pihak-pihak yang tidak bersetuju di sana sini.”

“Jika kita memberikan kepada orang lain selain daripada Presiden, kestabilan itu agak tercabar. Kestabilan pertama dalam parti UMNO, kedua dalam kerajaan perpaduan itu sendiri.

“Kita juga menerima menerima respons yang positif daripada pihak akar umbi berhubung barisan jemaah Kabinet yang telah diumumkan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas menghadiri Program Ceramah dan Penjelasan Kerajaan Perpaduan di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Desa Wawasan Kampung Pianggu di Kuala Rompin, dekat sini, malam tadi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) antara 27 jemaah Kabinet yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam.

Selain Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid juga memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

 

Berkaitan