Sunday, December 4, 2022

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

Panas! Ini kerajaan ‘luar tabii’ kata Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor...

Terkini! Empat senator angkat sumpah di Dewan Negara

Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara...

Patriot mula bersuara, apa jenis bantuan asing diterima ahli politik soal Presidennya

PETALING JAYA: Kumpulan veteran tentera mendesak siasatan dilakukan terhadap dakwaan berhubung beberapa pemimpin politik di negara ini menerima sokongan daripada pertubuhan antarabangsa, termasuk Amerika Syarikat, bertujuan mengukuhkan karier politik mereka.

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) Mohd Arshad Raji, berkata cawangan khas (SB) perlu segera melaksanakan siasatan membabitkan dakwaan antaranya berupa pemberian ‘bantuan dan sokongan moral’ daripada pihak asing sebagai sokongan kepada ahli politik Malaysia.

Dakwaan berkenaan didedahkan bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Mohd Salleh Ismail, yang dilaporkan berkata ahli-ahli politik tempatan itu juga menerima ‘bantuan fizikal serta sokongan’ daripada pihak asing itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti ahli-ahli politik tempatan itu yang terbabit dengan ‘kegiatan’ itu.

“Kita tahu tindakan-tindakan (pihak dari luar negara) menjurus kepada memberi bantuan kepada pihak-pihak tertentu (dalam negara). Kita tiada bukti bahawa bantuan itu diserah secara terus tetapi maklumat yang kita terima, beberapa organisasi di AS, contohnya ada memainkan peranan,” katanya memetik laporan Mingguan Malaysia.

Dalam pada itu, Arshad yang juga brigedier jeneral bersara, berkata pendedahan berkenaan memburukkan lagi kepercayaan rakyat terhadap ahli politik, selain menyebabkan implikasi serius kepada keselamatan negara dan kedaulatannya.

Katanya, kerajaan sepatutnya menyiasat sama ada berlaku ancaman terhadap keselamatan negara, jejak aliran tunai secara terperinci dan pemerolehan aset, implikasi sampingan dan berapa lama perkara terbabit sudah berlaku.

“Adakah tindakan pengantara ini mendapat kebenaran daripada kepimpinan parti? Siapa ahli politik ini berhubung selepas pengantara terbabit menyelesaikan pertemuan dengan pihak luar itu? soal Arshad.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/29/apa-jenis-bantuan-asing-diterima-ahli-politik-soal-patriot/

Berkaitan