Sunday, March 26, 2023

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Panas! Jana Wibawa, lagi ditahan, kali ini seorang pegawai SPRM dan 4 individu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang...

Pas kini dalam dilema – Khairuddin

Kenyataan terbaharu Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Barisan Nasional (BN) sebagai musuh gabungan itu boleh meletakkan Pas dalam dilema.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kenyataan Muhyiddin bahawa ‘BN adalah musuh PN’ bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan ‘BN bukan musuh Pas’,

“Kenyataan bahawa ‘BN adalah musuh PN’ meletakkan Pas dalam dilema. Pas baru sahaja berusaha membina kembali jambatan yang sudah mula terbakar dengan kenyataan oleh Setiausaha Agung Pas bahawa ‘BN bukan musuh Pas”.

“Ia talian hayat kerjasama politik. Namun, ia tidak disenangi oleh setengah pihak yang akan terjejas dengan kerjasama Muafakat Nasional (MN) ini,” katanya dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, MN telah melakar sejarah kesatuan kalangan umat Islam melalui dua parti politik terbesar Melayu Islam.

Kehadiran MN telah menakutkan PH untuk berhadapan Pilihan Raya Umum ke-15.

Sekiranya Pas dan UMNO bekerjasama dalam MN, sekurang-kurangnya 28 kerusi pParlimen milik PH akan hilang.

Justeru Mohd. Khairuddin berkata, tidak pelik perancangan dibuat untuk membakar jambatan MN yang menghubungkan UMNO dan Pas.

Pas kini dalam dilema – Khairuddin

 

Berkaitan