Sunday, May 28, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

Panel FDA AS syor benarkan vaksin Covid-19 Pfizer untuk kegunaan kecemasan

WASHINGTON: Kumpulan penasihat Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) bertemu pada Khamis dan mengesyorkan agensi itu mengeluarkan kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) kepada vaksin Covid-19 keluaran Pfizer dengan kerjasama syarikat Jerman, BioNTech, lapor agensi berita Xinhua.

Jawatankuasa Penasihat Vaksin dan Produk Biologi Berkaitan FDA, yang terdiri pakar sains dan kesihatan awam bebas dari seluruh negara, bertemu membincangkan permintaan pertama EUA untuk calon vaksin, yang dihantar oleh Pfizer dan BioNTech.

Menurut laporan media, jika ia diluluskan kumpulan pertama vaksin dapat diedarkan di negara ini dalam beberapa hari.

Pekerja penjagaan kesihatan dan penghuni rumah penjagaan akan menjadi antara yang pertama menerimanya, tambah laporan itu.

FMT

Berkaitan