Thursday, March 23, 2023

Panas! Jana Wibawa, lagi ditahan, kali ini seorang pegawai SPRM dan 4 individu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang...

Terkini!! Najib, Arul Kanda dibebaskan untuk tuduhan pinda laporan audit 1MDB

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini sebentar...

[Panas] Yusoff Rawther tiba dengan Haniff Khatri, Bukit Aman mula siasatan libatkan Anwar

KUALA LUMPUR: Muhammed Yusoff Rawther, lelaki disebalik dakwaan salah laku seks terhadap Presiden PKR, Anwar Ibrahim, hari ini ditemani peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla apabila tiba untuk dirakam keterangan di Bukit Aman.

Perkembangan ini 2 hari selepas lelaki berusia 26 tahun itu, yang pernah berkhidmat sebagai pembantu penyelidik di pejabat Anwar, membuat laporan polis dan melampirkan akuan berkanun memperincikan kejadian yang berlaku pada Oktober tahun lepas.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) sedang menyiasat dakwaan Yusoff.

Awal tahun ini, Yusoff, cucu kepada aktivis terkenal SM Mohamed Idris, mendakwa dia diserang setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Farhash menafikan tuduhan itu, tetapi Yusoff membuat saman sivil terhadap Farhash.

Pada satu sidang media yang disiarkan di Facebook, Yusoff mendakwa seorang ahli politik kanan melakukan jenayah terhadapnya yang digambarkan sebagai “perbuatan keji, teruk, tersembunyi dan berbahaya, dan tidak bermoral”.

Kemudian, satu akuan berkanun memperincikan satu kejadian yang didakwa berlaku di kediaman peribadi Anwar di Bukit Segambut bocor di media sosial.

FMT

Berkaitan