Turki dilaporkan menghantar kira-kira 40 buah kereta kebal dan kereta perisai ke sempadannya bersama Greek.Menurut media tempatan, kereta kebal dan kereta perisai itu dihantar dari wilayah Hatay di sempadan Syria ke Edirne yang terletak bersempadan dengan Greek.
Greek juga dilaporkan menghimpunkan kekuatan armornya disempadannya dengan Turki.
Bagaimanapun sumber tentera Turki yang dipetik oleh media negara itu berkata penghantaran kereta kebal dan perisai telah dirancang lebih awal dan tidak ada kena mengena dengan konfliknya dengan jirannya, Greek.Ketika penghantaran aset tentera Turki ke sempadannya dengan Greek memuncakkan ketegangan antara kedua negara, Presiden Recep Tayyep Edrogan melaungkan amaran kepada Athens.
Beliau mahukan Greek memulakan rundingan dengan Turki atau berhadapan dengan “kesan yang memeritkan.
“Kedua-dua negara terlibat dalam isu pertikaian usaha mencari gali minyak dan gas di perairan timur Mediterranean.
Baru-baru ini Athens mengadakan latihan tentera di perairan timur Mediterranean bersama-sama sekutunya iaitu UAE dan beberapa negara EU terutamanya Perancis.
Ia dilihat sebagai amaran kepada Ankara supaya tudak meneruskan langkahnya untuk mencari gali minyak dan gas di perairan timur Mediterranean.– DEFENCE SECURITY ASIA