PANAS!! Tiada seorang anak saya pernah bekerja di Goldman Sachs kata Najib

Datuk Seri Najib Razak menegaskan tiada seorang anaknya pernah ditawarkan untuk bekerja ataupun bekerja di Goldman Sachs.

Menurut Najib, keterangan bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner dan laporan media semalam seperti mahu menggambarkan percubaan mereka untuk menyogok beliau.

”Walaupun tajuk berita media-media tempatan memberi bayangan bahawa saya disogok oleh Goldman Sachs yang tawarkan bagi anak-anak saya bekerja di bank tersebut, apa yang diterangkan oleh saksi bekas eksekutif Tim Leissner ialah cubaan mereka untuk menyogok saya.

”Namun ini tidak berlaku dan tiada seorang pun anak saya pernah ditawarkan pekerjaan di Goldman Sachs dan tidak pernah bekerja di bank Amerika Syarikat itu. (Itupun tawaran untuk bekerja, ya – bukan tawaran diberi projek-projek ataupun suapan wang.),” jelas beliau.

Kata Najib, Tim Leisnner pernah perkenalkan anak perempuannya untuk memohon kerja di syarikat TPG Capital di Hong Kong yang tiada kaitan dengan Goldman Sachs.

Ahli Parlimen Pekan itu mengakui anaknya memang pernah bekerja selama setahun sahaja dengan jawatan junior di situ.

”Saya pelik kenapa media-media mempermainkan isu pekerjaan bagi anak-anak saya sedangkan kenyataan Tim Leissner di mahkamah semalam juga termasuk tuduhan bahawa kelulusan BNM bagi 1MDB memindah dana sebanyak US$1 bilion kepada syarikat PetroSaudi dan juga syarikat Good Star diberi secara serta-merta sebab suami kepada Gabenor BNM ketika itu sudah disogok.

”Yang ini, media-media tak mahu lapor ke?,” soal Najib. – MalaysiaGazette

Terkini

Berita Berkaitan