Panas!! Tajuddin digantung keahlian UMNO selama 6 tahun

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digantung keahlian selama enam tahun.

Menurut sumber MKT Umno keputusan itu dicapai dalam mesyuarat yang berlangsung malam ini.

Bagaimanapun tidak dimaklumkan alasan tindakan itu diambil terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

“Tajuddin digantung selama enam tahun ataupun dua penggal,” katanya kepada Malaysiapost, malam ini.

Turut berdepan tindakan sama Ketua Umno Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail.

Manakala Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun pula dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin Umno.

“Mesyuarat MKT malam ini setuju melantik Hafarizam sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin Umno yang baharu,” kata sumber lagi.

Tajuddin mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka menyerang kepimpinan parti itu selepas dia digugurkan daripada jawatan ahli MKT Umno.

Keputusan itu diambil selepas beliau mengkritik keputusan MKT Umno.

Pada 27 Jun lalu, Tajuddin mendedahkan wujud akuan bersumpah (SD) daripada Ahli Parlimen Umno bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Tajuddin berkata, beliau sendiri menjadi saksi dan turut menolak usaha gerakan berkenaan.

“Jajaran baru, saya (menjadi) saksi hidup, tak usah nafi memang ada SD ditandatangan hendak sokong Anwar jadi Perdana Menteri dan ada surat dihantar pada istana,” katanya dalam sidang media. -Malaysiapost

Umno gantung keahlian Tajuddin selama enam tahun

Terkini

Berita Berkaitan