Monday, December 5, 2022

Panas! Muhyiddin minta Adun PH berpaling tadah bagi jatuhkan PH di Selangor

Naib Presiden PKR, Amirudin Shari mendakwa Pengerusi...

Hebat! Usaha sedang dibuat agar Jemaah Menteri Anwar tak tahan lama, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa usaha...

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

Panas! Siasat siapa palsukan dan sebar dokumen PASLeak, gesa pemimpin PAS

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parliman PAS menggesan polis menyiasat individu yang memalsu dan menyebarkan dokumen PASLeak.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, tiada sebarang mesyuarat dan perbincangan terutama membabitkan cadangan mempercepatkan proses memenjarakan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan dan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Katanya, individu yang memalsu dan menyebarkan dokumen itu dianggap cubaan menggagalkan agenda perpaduan dibawa oleh PAS.

“Setakat ini kita tidak dimaklumkan ada antara pemimpin PAS sudah dipanggil selepas polis membuka kertas inkuiri untuk siasatan lanjut.

“Polis juga disaran membuka kertas siasatan bagi menyiasat dan mengambil tindakan ke atas individu yang memalsukan dan menyebarkan dokumen berkenaan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Amzad yang juga timbalan menteri sains, teknologi dan inovasi mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan daripada polis untuk diambil keterangan.

“Kita mengalu-alukan tindakan tegas polis Kuala Lumpur untuk membuka kertas inkuiri bagi memudahkan siasatan dilakukan. Kita juga turut bersedia pada bila-bila masa untuk memberi keterangan jika dipanggil,” katanya.

Amzad menegaskan, jawatankuasa tertinggi PAS Pusat tidak mempunyai masa untuk membincangkan isu itu, sebaliknya tumpuan utama parti adalah memperkukuhkan perpaduan.

Mengenai pelawaan Pakatan Harapan (PH) supaya PAS bekerjasama dalam khemah besar, Amzad berkata, parti kekal dengan pendirian menyokong pendekatan perpaduan ummah sekali gus menolak kerjasama ‘khemah besar’ dengan PH dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, PAS sudah ada kumpulan dan penyokong sendiri dan akan terus laksanakan agenda perpaduan ummah.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/05/01/siasat-individu-palsu-dan-sebar-dokumen-pasleak-gesa-pemimpin-pas/

Berkaitan