Thursday, December 1, 2022

PANAS!! Sebelum bubar DUN, Hasni langsung tak ucap ‘terima kasih’ kepada Exco

Seorang Exco dari Perikatan Nasional (PN) Johor mendakwa Hasni Mohammad tidak menzahirkan ucapan penghargaan terhadap barisan kepimpinan negeri beberapa jam sebelum Menteri Besar itu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mohd Solihan Badri yang ketika itu memegang portfolio Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur negeri berkata, semasa berlangsung mesyuarat khas Exco Johor selama sejam, Hasni tidak menzahirkan sebarang penghargaan sebelum menamatkan pertemuan itu.

“Sebagai seorang Exco dan insan biasa, sikap Menteri Besar itu tidak manis kerana detik-detik akhir dalam kerajaan negeri wajar diakhiri dengan sesuatu yang boleh dijadikan kenangan manis.

“Lagipun, kerajaan Johor dapat bertahan sebelum ini walaupun dengan majoriti satu kerusi kerana adanya persefahaman politik antara Barisan Nasional (BN) dan PN yang berkongsi kuasa selain persetujuan pembangkang untuk tidak menumbangkan kerajaan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PN Johor berkata, sepanjang mentadbir negeri, tiada mana-mana pihak mengkhianati persefahaman politik terutama PN dan pembangkang walaupun tidak pernah menandatangani sebarang dokumen bagi memegang janji tersebut.

Solihan berkata, beliau kecewa kerana persefahaman itu dikhianati apabila Umno tanpa persetujuan parti komponen PN yang berkongsi kuasa berjaya membubarkan DUN Johor pada 22 Jan lalu.

“PN tidak pernah mengkhianati integriti politik dan kepercayaan diberikan Umno kerana menyedari tindakan mencabul ikatan janji tersebut akan disifatkan sebagai pengkhianatan serta mementingkan diri sendiri.

“Sokongan diberikan PN dan pembangkang terhadap Menteri Besar Johor kerana kita mementingkan soal rakyat Johor tetapi bila nak bubarkan DUN, Umno tak pernah minta pandangan kita pun,” katanya.

Jelasnya lagi, Menteri Besar menerajui kerajaan negeri pun sokongan padu wakil PN serta PH di DUN Johor dianggap tidak menghargai sokongan diberikan.

Beliau berkata, sikap tersebut jelas menunjukkan sisi sebenar pemimpin Umno dan perkara itu turut berlaku apabila Umno menguasai semula tampuk kerajaan persekutuan.

“Selepas itu pemimpin tertentu parti tersebut serta-merta melancarkan pelbagai tindakan dan fitnah untuk menolak PN termasuk memutuskan kerjasama sehingga pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan mengadakan PRN untuk menyingkirkan PN.

“Sehubungan itu, Bersatu meminta rakyat menilai sikap negatif pemimpin Umno itu yang dengan mudah mempermainkan kepercayaan dan mengkhianati perkongsian kuasa yang dipersetujui,” katanya.

Hasni langsung tak ucap ‘terima kasih’ kepada Exco sebelum bubar DUN

Berkaitan