PANAS!! ‘Saya dah lepas semua jawatan’, Izhar nafi dakwaan PN Johor

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin Mohd Izhar Ahmad menafikan dakwaan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Johor Mohd Solihan Badri yang menyatakan bahawa beliau keluar Bersatu untuk mengekalkan kedudukan Exco dan jawatan pengarah dalam syarikat dimiliki kerajaan.

Izhar berkata, bagaimana beliau boleh mempertahankan jawatannya itu sedangkan dia tidak akan bertanding mana-mana kawasan DUN dan telah melepaskan semua jawatannya.

“Jelas bila saya katakan saya tidak akan bertanding maknanya saya lepaskan semua.

“Bagaimana saya boleh jadi Exco lagi dan pegang jawatan lembaga pengarah mana-mana GLC jika saya bukan lagi ahli politik,” katanya kepada FMT.

Sabtu lalu, Izhar yang juga Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, berkata, tindakan keluar Bersatu dilakukan selepas parti berkenaan hilang halatuju dan gagal memenuhi agenda.

Beliau turut menyatakan hilang kepercayaan terhadap Presiden partinya, Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Izhar berkata, PN Johor tidak faham mengenai tindakannya keluar Bersatu dan dakwaan terhadapnya itu disifatkan sebagai tidak berasas.

“Kenapa saya keluar parti lepas bubar DUN. Sebab saya tunggu butang yang tidak ditekan-tekan selama ini walaupun sokongan untuk berbuat demikian telah diberi kepada Presiden parti.

“Mana maruah kita bila dicabar. Mampukah saya lakukan seorang diri apatah lagi amaran telah diberi, jika sesiapa melompat atau bertindak keluar parti yang boleh menggugat kestabilan politik di negeri Johor, dewan akan dibubarkan,” katanya.

Izhar berkata, disebabkan itu semua patuh kepada titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Jadi Bersatu kena terima hakikat dan hormati pandangan akar umbi semua,” katanya.

Izhar juga menegaskan, Muhyiddin sepatutnya bertanding mempertahankan kerusinya di DUN Gambir pada pilihan raya negeri (PRN), Johor.

“Presiden sepatutnya bertanding di Gambir. Panglima-panglima Bersatu sepatutnya pertahankan yang ini, fokus membela rakyat dan kontroversi serta skandal yang lebih.

‘Saya dah lepas semua jawatan’, Izhar nafi dakwaan PN Johor

 

Terkini

Berita Berkaitan