Jangan kalut, jangan terkejut, Najib yang dimaksudkan bukanlah Najib Razak, tetapi adalah Najib Mikati, dilantik sebagai Perdana Menteri Lebanon.
Kalaulah Najib Razak menjadi Perdana Menteri di Malaysia, agak-agak ada yang setuju tak? Negara perlu pemimpin yang cerdik, cekap, pandai toleransi, buat kerja untuk rakyat.
Ok cerita sebenar pasal Perdana Menteri itu dibawah ini.
BEIRUT: Bilionair Lebanon, Najib Mikati sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri selepas mendapat sokongan majoriti parti untuk membentuk pemerintahan baharu negara.
Cabaran paling besar beliau ketika ini adalah krisis kewangan selain kebuntuan politik selama setahun.
Beliau pernah memegang jawatan sama pada 2014. – AFP