Thursday, February 2, 2023

Terkini!! Bersatu hantar surat mohon SPRM batal beku akaun

Bersatu akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan...

Terkini! Abah perkenal Kabinet Bayangan PN

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin melancarkan...

Terkini!! Akaun Bersatu dibeku SPRM,

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Panas!! Puad ingatkan kerajaan mengenai kes hakim Nazlan

Anggota majlis tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi menggesa kerajaan mempercepatkan siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Puad berkata SPRM telah lama menyelesaikan siasatannya dan orang ramai masih menunggu peguam negara membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Apatah lagi kertas siasatan hakim Nazlan juga bocor. Tidak ada pihak yang tampil menafikan kesahihannya. Tidak seperti biasa.

“Apabila mendiamkan diri, tiada ‘follow up’, tiada penafian apatah lagi tiada pendakwaan, itulah sebenarnya campur tangan mahkamah,” kata Mohd Puad dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Mohd Puad mendakwa ada perkara yang cuba disembunyikan, disebabkan itu ada pihak yang beranggapan bahawa perbicaraan terhadap Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri, Najib Razak sebagai pendakwaan terpilih.

“Semoga kerajaan baru segerakan pendakwaan hakim Nazlan,” kata Mohd Puad lagi.

Mohd Puad yang juga Adun Rengit merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Johor.

Pada tahun 2020, Nazlan, sebagai hakim mahkamah tinggi, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib kerana rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram berhubung dana SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah Rayuan dan kemudiannya Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan itu. Keputusan itu menyaksikan Najib perlu menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos selepas rayuan akhirnya ditolak.

Di peringkat Mahkamah Persekutuan, peguam Najib cuba mengemukakan bukti untuk mencadangkan bahawa Nazlan mempunyai konflik kepentingan dalam menghakimi kes itu.

Panel Hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan itu atas alasan keterangan yang dicadangkan oleh pihak pembelaan tidak berkaitan dengan pertuduhan terhadap Najib.

Panel hakim juga memutuskan bahawa tidak ada apa-apa keraguan terhadap keputusan yang dibuat hakim Nazlan.

Malaysiakini

Berkaitan