PANAS! Pertemuan PM dan pembangkang cari titik persamaan terbaik untuk rakyat dan negara

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama kepimpinan utama Pakatan Harapan (PH) hari ini tertumpu kepada agenda kepentingan rakyat.

Perjumpaan satu jam setengah itu semata-mata untuk mencari jalan terbaik untuk menangani pandemik Covid-19.

“Pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam ini, tertumpu kepada agenda kepentingan rakyat dalam mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik Covid-19.

“Menjaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabak dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan,” kata kenyataan bersama yang ditandatangani Ismail Sabri dan Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

Selain itu, keempat-empat mereka bersetuju untuk memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan tadbir urus eksekutif.

Keempat-empat mereka berkata langkah itu bagi memastikan Parlimen lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.

“Kami juga bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks Keluarga Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.

Pertemuan yang dibuat di Perdana Putra itu dibuat selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang mahu suhu politik negara diredakan. – MalaysiaGazette

Terkini

Berita Berkaitan