Panas!! ‘Perlu kerajaan kukuh sebelum kemelesetan ekonomi Disember ini’

Pilihan raya umum ke-15 (PRU15) amat penting berlangsung sekarang kerana negara kesuntukan masa bagi berdepan kemelesetan ekonomi global yang diramalkan tahun depan atau lebih awal, kata Umno.

Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata, amaran itu bukan rekaan BN sebaliknya berdasarkan unjuran sebuah institut pelaburan terkemuka Amerika Syarikat dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) April lalu.

“Ini bermaksud hanya berbaki tempoh kurang tiga bulan sebelum recession (kemelesetan) yang akan menjejaskan kebanyakan negara bermula atau lebih teruk ia mungkin terjadi seawal Disember tahun ini,” katanya.

Kenyataan itu dibuat di tengah-tengah spekulasi kencang bahawa parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat, paling awal hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi

Yang di-Pertuan Agong akan diberi taklimat berhubung situasi banjir dan cuaca akhir tahun di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN).

Pembangkang, Bersatu dan PAS menentang pembubaran parlimen pada tahun ini atas alasan pilihan raya tidak sesuai diadakan pada musim tengkujuh pada penghujung tahun.

Dalam kenyataan di media sosial sebentar tadi, dia berkata Malaysia amat memerlukan kerajaan stabil yang mampu mengatur strategi berkesan untuk melindungi Malaysia daripada impak kegawatan ekonomi.

Katanya, bawah kerajaan campuran ketika ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak dihormati, diserang dan cuba dilemahkan oleh anggota pentadbiran daripada parti lain.

“BN yakin rakyat akan memberi sokongan kuat kepada gabungan politik ini untuk kembali membentuk kerajaan dominan kerana BN pernah membuktikan kemampuannya mengurus ekonomi negara,” katanya.

Pentadbiran Ismail kini kini masih disokong oleh Bersatu dan PAS serta parti-parti Sarawak.

https://www.malaysiakini.com/news/638398

Terkini

Berita Berkaitan