Monday, March 27, 2023

Orang ramai terkejut melihat tumbuhan misteri tumbuh pada pili bomba

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba...

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

PANAS!! Pemilihan Umno mungkin pada Nov 2022 kata Tok Mat

Pemilihan Umno bagi penggal 2021/2023 mungkin diadakan pada November tahun depan, kata Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, ia perlu diadakan sebelum tamat tempoh semasa iaitu pada Disember tahun depan.

Justeru, pemilihan peringkat cawangan perlu diadakan awal iaitu selewat-lewatnya pada Julai, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Rembau di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan beberapa Umno bahagian yang meminta pemilihan parti diadakan sekurang-kurangnya setahun sebelum berlangsung Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ditanya mengenai sama ada terdapat usul supaya lima jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang pada Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) Umno baru-baru ini, Mohamad berkata tiada cadangan seumpama itu diterima setakat ini.

Sementara itu, mengenai permohonan Umno Selangor yang mahu diberi autonomi untuk meneruskan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN), Mohamad berkata perkara itu akan dibincangkan di peringkat pusat.

“Perkataan autonomi itu besar, kalau mahu bersama PAS tiada isu, kenapa perlu minta autonomi…minta untuk berunding terus dengan PAS, itu tidak mengapa.

“Tiada arahan daripada parti untuk kita memutuskan hubungan atau mengkaji semula dengan PAS,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar berharap pucuk pimpinan tertinggi parti itu memberi autonomi untuk meneruskan kerjasama dengan PAS di negeri itu menerusi MN kerana kerjasama antara Umno dan PAS di negeri itu ini amat baik dan dilihat lebih berkesan.

https://www.malaysiakini.com/news/602721

Berkaitan