Panas! Muda sasar 15 kerusi disandang BN dan PN

Muda menyasarkan 15 kerusi parlimen yang kini disandang BN dan Perikatan Nasional (PN).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangan Muda Luqman Long berkata sasaran parti itu akan mengelak kemungkinan berlaku pertembungan dengan Pakatan Harapan (PH).

“Dengan langkah tersebut diharap supaya undi akan memihak kepada pembangkang apabila Muda bertanding di kawasan milik kerajaan.

“Kami juga melihat gabungan ini dari sudut paling cekap, cermat dan bersama-sama bergerak ke hadapan. Oleh kerana semua parti mahu bertanding, jadi kena fikir satu jalan yang bersifat menang-menang.

“Lagipun, PH juga berkongsi nilai perjuangan sama dengan Muda, seperti mengetengahkan orang muda. Namun, penyertaan ini baru

Muda telah menyatakan harapan untuk menyertai PH namun ia belum dibincangkan secara rasmi.

Sementara itu, Luqman menyangkal dakwaan bahawa ia cuba menyertai PH kerana tidak mempunyai jentera yang kuat dan hanya memanfaatkan pengaruh serta kekuatan dimiliki gabungan itu.

“Itu bukanlah tujuannya, Muda pun ada taktik sendiri pada pilihan raya, ada senarai calon malah kami aktif di beberapa negeri di Johor, Perak, Sabah, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Kami aktif dan boleh bertanding,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/635280

Terkini

Berita Berkaitan