PANAS!! Mahathir kata guna analogi ‘chopstick’ bukan untuk main isu perkauman

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini cuba menjelaskan bahawa kenyataannya berhubung penggunaan penyepit sebagai analogi untuk menggambarkan kegagalan masyarakat Cina berasimilasi di negara ini.

Bulan lepas Mahathir berkata, masyarakat Cina mengekalkan budaya dan cara hidup mereka di Malaysia dengan memetik penggunaan penyepit berbanding “mengguna pakai cara makan (orang) Malaysia” dengan tangan.

Komen beliau mendapat kecaman daripada pemimpin dan rakyat yang berkata, ia menyinggung perasaan dan tidak sensitif terhadap orang Cina.

Bagaimanapun Mahathir menjelaskan, beliau bukan menyentuh isu perkauman, sebaliknya hanya mahu menyebut perbezaan budaya di negara ini.

“Saya tak main isu perkauman. Saya mahu cakap mengenai budaya pelbagai kaum,” katanya dalam wawancara dengan radio CityPlus pagi ini.

Memetik amalan budaya di negara lain beliau berkata, warga asing yang ingin menjadi rakyat negara tertentu akan mengamalkan budaya tempatan dan akhirnya meninggalkan budaya mereka sendiri, tetapi ia tidak berlaku di Malaysia.

“Di Malaysia, orang Cina dan India mengekalkan budaya masing-masing,” katanya.

Katanya lagi, setiap rakyat Malaysia mesti bercakap bahasa kebangsaan seperti orang Melayu.

“Kita mesti ada satu bahasa yang umum, satu budaya umum dan kurang identifikasi kaum,” katanya.

FMT

Guna analogi ‘chopstick’ bukan untuk main isu perkauman, kata Dr M

Terkini

Berita Berkaitan