Saturday, September 23, 2023

Panas!! Mahathir ‘bukan reformis’, sebab itu reformasi PH tidak bersungguh-sungguh, kata Anwar

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak dapat melaksanakan reformasi sepenuhnya kerana ia dipimpin oleh seorang pemimpin “bukan reformis”.

Beliau berkata, Dr Mahathir Mohamad, ketika menjadi perdana menteri ketujuh, telah kembali kepada politik perkauman yang bertentangan dengan agenda PH yang berbilang kaum.

“Kita (PH) memang buat beberapa langkah, reformasi, tapi tidak bersungguh-sungguh kerana pemimpin kononnya kerajaan reformasi ini bukan reformis.

“Beliau tidak percaya kepada reformasi,” kata Anwar pada sidang media di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) di Bangkok.

Selepas menjadi perdana menteri buat kali kedua, beliau berkata, Mahathir kembali berpolitik dengan nada perkauman yang kuat, termasuk menghadiri kongres Melayu yang melaungkan ketuanan Melayu.

Anwar ditanya apa yang diperlukan untuk PH memenangi pilihan raya umum akan datang, memandangkan Mahathir tidak lagi bersama gabungan itu.

Anwar berkata, beliau kekal optimistik peluang PH menjelang PRU15, merujuk kepada perpecahan dalam gabungan yang memerintah seperti mana berlaku pertelingkahan antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Mahathir ‘bukan reformis’, sebab itu reformasi PH tidak bersungguh-sungguh, kata Anwar

Berkaitan