Monday, December 5, 2022

Panas! Muhyiddin minta Adun PH berpaling tadah bagi jatuhkan PH di Selangor

Naib Presiden PKR, Amirudin Shari mendakwa Pengerusi...

Hebat! Usaha sedang dibuat agar Jemaah Menteri Anwar tak tahan lama, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa usaha...

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

PANAS! Leissner sebut ‘rasuah’ babitkan suami bekas gabenor Bank Negara

Bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner, dalam keterangannya di hadapan Mahkamah Daerah Timur New York, menyebut ‘rasuah yang membabitkan bekas suami gabenor Bank Negara’.

Bagaimanapun, dia tidak boleh mengesahkan secara bebas sama ada suapan telah dibayar atau tidak.

Menurut transkrip mahkamah perbicaraan Roger Ng, Leissner menyebut perkara ini apabila ditanya oleh pendakwa raya mengenai urusannya dengan projek usaha sama PetroSaudi-1MDB.

Jelasnya, dia telah mendengar melalui Ng – orang bawahan Leissner pada masa itu – bahawa 1MDB telah melabur AS$1 bilion ke dalam usaha sama itu.

“Anda perlu faham pada 2009 Malaysia masih mempunyai kawalan modal, yang memerlukan pelaburan sebesar itu untuk diluluskan oleh Bank Negara dari segi wang yang keluar negara.

“Mereka pada dasarnya perlu meluluskan satu bilion dolar keluar dari Malaysia. Dan apa yang dilaporkan oleh Roger (Ng) kepada saya ialah dia telah mendengar bahawa wang itu meninggalkan negara dalam tempoh yang singkat (overnight).

“Satu bilion dolar disalurkan dalam waktu yang singkat ke Malaysia kepada usaha sama itu dan ia telah dilakukan kerana suami kepada gabenor Zeti (Akhtar Aziz) di Bank Negara ketika itu telah menerima rasuah untuk melaksanakannya.

“Jadi, dalam waktu singkat wang itu dipindahkan, yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada masa itu. Tiada kelulusan diperoleh secepat itu dengan Bank Negara,” kata Leissner.

Apabila disoal oleh pendakwa raya jika rasuah sebenar telah dibayar berhubung dengan usaha sama PetroSaudi-1MDB, Leissner menjawab: “Saya tidak tahu secara bebas jika rasuah telah dibayar.”

Berdasarkan transkrip keterangan Leissner pada 22 Feb, dia menyebut nama Zeti dua kali dan tidak menyebut suaminya, Tawfiq Ayman.

Pada November tahun lalu, SPRM berkata Singapura telah menghantar balik ke Malaysia dana AS$15.4 juta yang berkaitan 1MDB melibatkan syarikat milik bersama Tawfiq.

Menurut The Edge, pemindahan berjumlah AS$16.22 juta itu berlaku pada 2008 dan 2009 dan telah dimaklumkan kepada Bank Negara pada 2015 dan 2016 apabila Singapura mula menyiasat pemindahan berkaitan 1MDB.

SPRM tidak mengulas secara terbuka mengenai perkara itu tetapi beberapa laporan mencadangkan bahawa suruhanjaya itu sedang menyiasat pembabitan Tawfiq, bersama bekas menteri kewangan kedua Nor Mohamed Yakcop.

Leissner ialah saksi utama dalam perbicaraan Ng (gambar, bawah) yang didakwa atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan urusan 1MDB.

Pada 2018, Leissner mengaku bersalah atas pertuduhan serupa dan dipaksa untuk melucuthak sebanyak AS$44 juta.

Sementara itu, Najib Razak, yang mengenali Leissner ketika menjadi perdana menteri, hari ini berkata dia merasa pelik bahawa media tidak melaporkan sebahagian daripada keterangan Leissner ini.

Kebanyakan organisasi media Malaysia telah mengeluarkan semula laporan Bloomberg mengenai keterangan Leissner mengenai permintaan Low Taek Jho supaya tiga anak Najib diambil bekerja di Goldman Sachs.

Sejak itu, Najib menjelaskan bahawa anak-anaknya tidak pernah menerima tawaran kerja seperti itu daripada Goldman Sachs.

“Saya pelik kenapa media-media mempermainkan isu pekerjaan bagi anak-anak saya sedangkan kenyataan Tim Leissner di mahkamah semalam (mengenai tuduhan rasuah ini).

“Yang ini, media-media tak mahu lapor ke?

Pada 2009, 1MDB memeterai perjanjian dengan PetroSaudi untuk penerokaan minyak. Pihak berkuasa AS percaya bahawa AS$700 juta daripada suntikan dana AS$1 bilion 1MDB masuk ke dalam Good Star Ltd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Low, juga dikenali sebagai Jho Low.

Pada masa itu, pentadbiran Najib menegaskan bahawa pelaburan 1MDB dalam usaha sama itu adalah kukuh dan ia telah ditukar kepada “unit dana” di Singapura. Tidak pasti jika “unit dana” berkenaan pernah ditebus.

[Baca berita asal]


Berkaitan