Monday, December 5, 2022

Panas! Muhyiddin minta Adun PH berpaling tadah bagi jatuhkan PH di Selangor

Naib Presiden PKR, Amirudin Shari mendakwa Pengerusi...

Hebat! Usaha sedang dibuat agar Jemaah Menteri Anwar tak tahan lama, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa usaha...

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

Panas!! Kenyataan BN sanggup redah banjir dimanipulasikan – Zahid

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ucapannya bahawa Barisan Nasional (BN)  sanggup meredah banjir untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) pada 17 September telah dimanipulasi.

Pengerusi BN itu berkata, ucapannya itu hanya mahu memperlihatkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa BN telah bersedia pada bila-bila masa, walau apa jua keadaan dan situasi untuk menghadapi PRU-15.

Presiden UMNO itu berkata, ucapannya jelas untuk memberi gambaran bahawa jentera BN sanggup meredah segala bentuk cabaran yang akan dihadapi ketika PRU-15.

Bagaimanapun, beliau menegaskan ucapan tersebut telah dijadikan bahan propaganda oleh parti lawan kononnya BN tidak mempedulikkan nasib rakyat.

“Ucapan ini jelas untuk memberi gambaran kepada PM betapa jentera BN telah pun bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada bila-bila masa walau apa jua keadaan dan situasi.

“Ucapan itu juga jelas bagi memberi gambaran kepada PM bahawa jentera BN sanggup meredah segala cabaran demi memastikan kemenangan pada PRU-15 milik BN.

“Bagaimanapun ucapan bagi menyatakan semangat serta kesiapsiagaan jentera BN itu dimanipulasi dan dipropagandakan konon BN tidak mempedulikan keselamatan rakyat,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan BN telah lama meminta supaya PRU-15 diadakan terutama selepas imuniti kelompok dicapai bagi mengembalikan kestabilan di negara ini.

BN menuntut mandat diserahkan semula kepada rakyat untuk membolehkan masyarakat membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dan sehaluan dalam mendepani pasca pendemik.

Bagaimanapun menurut Ahmad Zahid, parti lawan telah membantah dan memberi pelbagai alasan kerana tahu mereka sedang berada dalam kedudukan ditolak oleh rakyat.

“Bermula dengan alasan negara masih di peringkat pandemik dan seterusnya menggunakan alasan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan apabila memasuki fasa ke endemik.

“Kini mereka menggunakan pula alasan `banjir’ sedangkan bekas PM mereka pernah mengadakan PRU pada November 1999.

“Rumusannya mudah sahaja. Berdasarkan ucapan saya BN telah bersedia menghadapi PRU-15 pada bila-bila masa dan dalam keadaan apa sekali pun,” kata Ahmad Zahid.

Sementara itu beliau berkata, parti lawan tidak sewajarnya menggunakan alasan banjir untuk menghalang PRU-15 daripada berlangsung tahun ini.

Ahmad Zahid berkata, jika benar mereka tidak takut berhadapan dengan BN mereka perlu mendesak supaya PRU-15 dilakukan sekarang.

“Namun, jika benar lawan BN khuatir PRU-15 diadakan semasa `banjir’, bukannya alasan terbaru demi menyelamatkan politik mereka maka kita adakan PRU-15 sekarang.

“Sudah masa untuk mereka ‘walk the talk‘ dan `tekanlah butang’ supaya SPR boleh tetapkan tarikh terhampir untuk rakyat memilih sebuah kerajaan baharu yang stabil dan lebih kukuh.

“Rakyat tidak pernah lupa dan mudah tertipu lagi dengan kisah yang telah dipertontonkan oleh kerajaan 22 bulan,” kata Ahmad Zahid.

Beliau menegaskan BN percaya kepada kemampuan dan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjayakan PRU-15 dalam sebarang situasi.-MalaysiaGazette

Kenyataan BN sanggup redah banjir dimanipulasikan – Zahid

Berkaitan