PANAS! Jangan terkejut sekiranya BN kembali berkuasa di Johor kata penganalisis

ini sejumlah 22,907 pengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat dan kerajaan negeri yang baharu.

Mereka adalah sebahagian daripada 2,597,742 pengundi yang layak untuk menunaikan amanah sebagai rakyat yang bertanggungjawab dalam sistem demokrasi.

Sedar tak sedar telah 11 hari berkempen PRN Johor berlalu dan tinggal empat hari lagi rakyat negeri ini untuk memilih kerajaan negeri yang baharu.

Penyokong tegar yang setia

Ketika ini, pemerhati politik berpendapat Barisan Nasional mendahului berbanding pencabar terdekat iaitu Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan.

BN yang meletakkan calon di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai peluang untuk menang dalam pilihan raya negeri yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

Menurut penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani, BN mempunyai penyokong tegar yang besar.

MGF08112021_TEMUBUAL-KHAS-MG-03
Mohd Azizuddin Mohd Sani

Kumpulan ini akan keluar mengundi bagi memastikan kemenangan parti yang dianggotai UMNO, MCA dan MIC itu. Bagaimanapun kemenangan yang diperolehi bukanlah majoriti dua pertiga seperti yang diharapkan.

“Saya meramalkan BN akan menang dengan majoriti mudah. Parti itu akan memperoleh kemenangan kerana mempunyai pengundi tegar.

“BN akan memperoleh kemenangan sekurang-kurangnya antara 32 hingga 35 kerusi,” kata Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa UUM itu.

Pendapat yang sama diutarakan oleh Prof Datuk Dr Raduan Che Rose.

Katanya, tidak ada apa-apa yang memeranjatkan mengenai keputusan PRN itu nanti kerana BN akan kembali berkuasa di Johor.

MGF20012022_MAJLIS-PROFESOR-NEGARA-12
Raduan Che Rose

Menurut Raduan, walaupun Pakatan Harapan iaitu DAP, Amanah dan PKR mempunyai penyokong tegar namun jumlah kumpulan itu tidak dapat menyaingi BN.

PH hanya boleh bergantung kepada sokongan pengundi atas pagar yang katanya akan berpecah dengan memihak kepada parti-parti lain.

“Masih ada tetapi tidak cukup kuat. Kecuali yang atas pagar ini kembali menyokong PH. Tetapi tidak akan berlaku.

“Atas pagar akan berpecah dengan sedikit menyokong kepada PN, sedikit kepada Warisan, MUDA, Putera dan lain-lain. Berpecah,” katanya ketika dihubungi.

Raduan yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara meramalkan BN akan menguasai 38 hingga 42 kerusi DUN Johor.

MGF04032022_TAWARAN-PH07-2
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan (tengah) bergambar bersama calon yang bertanding pada Majlis Pengumuman Tawaran Pakatan Harapan sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Hotel Landmark, Batu Pahat, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 04 MAC 2022.

PH, pembangkang yang kelihatan berpecah

Faktor yang mendorong terhadap sokongan kepada BN turut disumbangkan oleh kerjasama parti dalam PH yang kelihatan rapuh.

Penggunaan logo yang berbeza antara DAP, Amanah, PKR dan MUDA membuatkan penyokong parti itu dan kumpulan pengundi atas pagar tidak menaruh keyakinan kepada PH.

Dalam PRN ini DAP dan Amanah akan mengunakan logo Pakatan Harapan, sementara PKR dan MUDA kekal mengunakan lambang parti masing-masing.

Perpecahan juga dilihat apabila PH mempunyai manifesto sendiri sementara MUDA yang menjadi rakan strategik PH menampilkan manifesto berlainan.

MGF07032022__PELANCARAN-TEKAD-MUDA12-1
Calon MUDA N.41 Puteri Wangsa, Amira Aisya (tiga kanan) bersama calon lain yang bertanding bergambar sambil menunjukkan risalah Tekad MUDA pada Pelancaran Tekad MUDA sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Pejabat Khidmat MUDA Puteri Wangsa, Taman Eco Cascadia, Johor Bahru. Foto AFFAN FAUZI, 07 MAC 2022.

“Sepatutnya ada satu dorongan bersama. Saya tak pasti, saya andaikan mereka mahu uji kekuatan masing-masing. Macam PKR mahu uji logo dia. Ada sambutan atau tidak. Dia pernah guna logo PH (di Melaka) tapi tak menjadi. Tak dapat sokongan.

“Macam Amanah, logo dia ke, logo PH ke dia tak kisah sebab tak ada impak yang besar.

“DAP suka logo PH, sebab pengundi Cina sangat sistematik. Mereka tahu siapa DAP, jadi kalau pakai logo PH setidaknya dapat tarik orang Melayu. Ini andaian saya, strategi ini ke arah PRU-15,” kata Mohd. Azizuddin.

MGF08112021_TEMUBUAL-KHAS-MG-05
Mohd Azizuddin Mohd Sani

Tambah beliau, menggunakan logo dan manifesto yang berbeza juga menyebabkan pengundi mempersoalkan kewibawaan parti terbabit.

Bagaimanapun Mohd. Azizuddin berkata, ianya satu strategi yang diketengahkan PH bagi menghadapi PRU-15.

“Kenapa buat macam ini. Tak nampak berpadu, berpecah. Pendekatan pun berbeza-beza, polisi berbeza menyebabkan kegusaran orang untuk menyokong

“Kalau tengok pendekatan yang sama pernah digunakan masa PRU 2008 itu. Mereka bertanding asing-asing, tak bertembung sesama mereka, tetapi mereka boleh menang lima negeri.

“Johor ini, digunakan untuk uji kekuatan, beri indikator pada PRU 15 setidaknya di Semenanjung Malaysia sokongan terhadap parti ini macam mana. Itu mereka nak uji, “ jelas Mohd Azizuddin.

PH meletakkan calon di semua kawasan dengan Amanah bertanding di 16 DUN, PRK (20), DAP (14) dan Muda (7). Hanya satu kerusi iaitu DUN Larkin menyaksikan pertembungan PKR dan MUDA.

Calon, manifesto, ceramah tidak mempengaruhi pengundi

Faktor calon, manifesto dan isu yang dimainkan di dalam ceramah  turut tidak mempengarui sokongan pengundi untuk memihak kepada Pakatan Harapan mahupun Perikatan Nasional.

MGF20012022_MAJLIS-PROFESOR-NEGARA-2
Raduan Che Rose

Raduan berkata, PRN Johor akan meneruskan momentum yang berlaku di Sarawak dan Melaka dengan pengundi akan menolak Pakatan Harapan berikutan situasi yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

“Rakyat betul-betul menghukum, betul-betul marah. Walaupun PH kata tak cukup masa memerintah 22 bulan. Tapi dalam masa pendek itu sudah cukup menghancurkan.

“Sebab itu Bersatu di bawah Muhyiddin dan Tun M keluar daripada Pakatan Harapan kerana prestasi parti itu,” kata Raduan.

Kedua-dua penganalisis bagaimanapun sependapat bahawa DAP akan kekal memenangi di kawasan tradisi parti terbabit yang kebanyakan terletak di kawasan bandar.

Apapun ianya hanyalah ramalan. Penentuan mutlak akan dilakukan oleh pengundi Johor nanti. Masih ada masa untuk parti-parti bertanding untuk terus meraih sokongan.-MalaysiaGazette

PRN Johor: Tidak terkejut jika BN kembali berkuasa

Terkini

Berita Berkaitan