Panas!! Harga seekor babi dah menjangkau RM10,250

Sebuah video dalam media sosial menunjukkan perbualan mengenai harga seekor babi yang didakwa semakin mahal di Papua.

Lapor Suara.com, video yang dimuat naik dalam Instagram Forum Toraja menunjukkan seroang anggota polis yang bertugas di Lembah Baliem, pergunungan Jaya Wijaya, Papua menahan lima penduduk yang sedang melintas di kawasan itu.

Anggota polis itu melihat mereka membawa seekor babi hitam dewasa dan menanyakan harga babi tersebut.

Namun, pihak berkuasa itu terkejut ketika dimaklumkan mengenai harga tersebut.

“Mahu jual babi kah? Berapa kalau hendak dijual?,” soal polis itu.

“Ya, babi ini 35 juta rupiah (RM10,250),” jawab seorang penduduk.

Bahkan, katanya, sudah ada yang menawarkan untuk membeli binatang itu walaupun belum dijual lagi.

Warga maya ternyata terkejut dengan harga babi di Papua, kerana selama ini harga babi paling mahal pernah dijual di Toraja, Sulawesi Selatan.

Sumber : Utusan Malaysia

Terkini

Berita Berkaitan