Sunday, December 4, 2022

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

Panas! Ini kerajaan ‘luar tabii’ kata Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor...

Terkini! Empat senator angkat sumpah di Dewan Negara

Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara...

PANAS!! ‘Game On’, Najib setuju debat dengan Anwar isu Sapura

Bekas perdana menteri, Najib Razak setuju untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengenai isu syarikat Sapura Energy Berhad (SEB).

Beliau meminta pasukan Anwar dan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengaturkan dengan media sekiranya ada pihak yang berhasrat menyiarkan debat itu secara langsung.

“Game on. Saya setuju debat dengan Anwar. ‘Let’s rock’.

“Sila berhubung dengan pembantu saya untuk cari tarikh terdekat yang sesuai bagi semua,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Anwar berkata, beliau bersedia berdebat dengan Najib pada bila-bila masa.

Semalam, Najib menyahut cabaran debat Rafizi berhubung isu syarikat terbabit tetapi berkata ia perlu disertai Anwar.

Dalam pada itu, Najib juga berkata, beliau sudah menjawab semua kenyataan Rafizi setiap kali naib presiden PKR itu memuat naik isu Sapura di Facebooknya.

“Setakat ini, dia cuma buat posting tiga kali berhubung isu ini.

“Ketiga-tiga sanggahan Rafizi, saya sudah jawab siap dengan fakta dan bukti,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/04/04/game-on-najib-setuju-debat-dengan-anwar-isu-sapura/

Berkaitan