Sunday, April 2, 2023

Orang ramai terkejut melihat tumbuhan misteri tumbuh pada pili bomba

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba...

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

PANAS!! Calon KM Dayak, jangan main sentimen perkauman, kata Alexander Nanta Linggi

Desakan mengangkat calon komuniti Dayak sebagai Ketua Menteri disifatkan sebagai sekadar cubaan memainkan sentimen perkauman, kata Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, pemilihan untuk mana-mana calon menyandang jawatan sedemikian sebenarnya dibuat bersandarkan merit.

Tanpa mengira kaum, tegasnya, seseorang calon yang bakal menyandang tugas sebagai Ketua Menteri harus mempunyai kemampuan dan berpengalaman luas.

“Pembangkang, terutama DAP dan PSB cuba nak momokkan bahawa komuniti Dayak perlu jadi Ketua Menteri Sarawak. Pada saya, ok, kenapa tidak, tetapi ada tak sesiapa calon yang layak dalam kalangan komuniti Dayak ketika ini, sama ada menerusi PSB atau DAP.

“Cuba tengok calon Dayak di Kapit, ada kredibiliti tak? Minta maaf, saya tak nak bersikap kejam, tetapi bila nak angkat seseorang sebagai Ketua Menteri, kena cari calon yang layak,” katanya menurut laporan Utusan Borneo.

Nanta berkata, pembangkang juga tidak mampu mengenengahkan calon Ketua Menteri.

“PSB pun dulu daripada Barisan Nasional, justeru rekod pencapaian mereka dikenali dan boleh dinilai dalam kalangan pengundi,” katanya.

Mengemukakan cadangan balas, Nanta berkata, GPS mempunyai calon yang layak dan sarat dengan pengalaman luas di peringkat kerajaan persekutuan serta mewakili komuniti Dayak.

Katanya, Douglas Unggah yang mewakili PBB dan GPS adalah calon paling layak, sekiranya komuniti Dayak ingin diketengahkan sebagai Ketua Menteri Sarawak seterusnya.

“Sekarang pemerintahan diterajui (Datuk Patinggi Tan Sri) Abang Johari Tun Openg dan Datuk Amar Douglas kini dalam barisan pelapis daripada komuniti Dayak untuk diangkat sebagai Ketua Menteri Sarawak.

“Justeru, saya rasa sudah-sudahlah, jangan berpolitik mengenai isu ini kerana ia sekadar cubaan untuk memainkan sentimen perkauman,” katanya.

Menyentuh momentum kempen menjelang hari pengundian esok, Alexander menyatakan keyakinan bahawa calon GPS mempunyai potensi jelas untuk mengekalkan pegangan di kerusi sedia ada.

Beliau berkata, keyakinan sedemikian yang berupaya diterjemahkan di kertas undi, seawal jam 8 pagi esok hasil kunjungan di beberapa kawasan dekat Rajang sebelum ini.

“Ada satu atau dua kerusi yang sangat mencabar, tetapi esok kita akan melakar kejayaan, saya menaruh keyakinan terhadap GPS.

“Berdasarkan maklum balas, kita berada pada tahap momentum terbaik menjelang proses pembuangan undi esok,“ katanya.

Calon KM Dayak, jangan main sentimen perkauman, kata Nanta

Berkaitan