Monday, December 5, 2022

Panas! Muhyiddin minta Adun PH berpaling tadah bagi jatuhkan PH di Selangor

Naib Presiden PKR, Amirudin Shari mendakwa Pengerusi...

Hebat! Usaha sedang dibuat agar Jemaah Menteri Anwar tak tahan lama, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa usaha...

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

Panas! BN bermasalah besar di PRU nanti tanpa Bossku

UMNO dan Barisan Nasional (BN) dijangka berdepan masalah besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan ketiadaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu kempen parti.

Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, selepas PRU-14, Najib menjelma sebagai ‘Bossku’ dan beliau sebagai jentera publisiti berupaya menarik perhatian orang ramai dengan turun padang bertemu rakyat biasa serta menjana pengikut yang besar dalam media sosial.

Menurut beliau, hakikat itu diakui sendiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam wawancara bersama Asia Times baru-baru ini.

“Tanpa Bossku, satu lompang yang besar telah diwujudkan di mana tiada seorang pun daripada kepimpinan parti sedia ada mampu mengisinya.

“Jika UMNO tidak melakukan penyusunan semula, parti itu akan menghadapi saat yang sukar. Mungkin, tempoh yang panjang sebagai pembangkang akan memaksanya melakukan perubahan yang diperlukan,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib dalam kes SRC International Sdn. Bhd.

Sian See mendakwa, impian Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad telah tercapai hari ini.

Beliau berkata, ancaman terbesar terhadap mereka mesti dihapuskan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

“Hakikat bahawa Najib menjadi sasaran utama PH, PN dan Dr. Mahathir walaupun beliau bukan Perdana Menteri atau Presiden UMNO atau calon Perdana Menteri atau Pengerusi BN jelas membuktikan bahawa beliau adalah ancaman terbesar bagi mereka.

“Tokoh yang secara bersendirian menjatuhkan dua kerajaan dan mendominasi media sosial dengan respon yang pantas dan komprehensif terhadap cubaan PH, PN dan Dr. Mahathir menghasut rakyat tidak boleh dibiarkan bebas pada PRU-15,” jelasnya.

Dalam hantaran berasingan, Sian See menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan itu mencatatkan sejarah baharu hari ini.

“Penghakiman di mahkamah tertinggi yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara (yang juga menentukan pelantikan hakim) telah ditulis sebelum pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujah-hujah mereka.

“Tidak pernah dan mungkin tidak akan berlaku di mana-mana negara lain di dunia,” katanya. – MalaysiaGazette

Tanpa Bossku, BN berdepan masalah besar pada PRU-15

Berkaitan