Sunday, May 28, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

Panas!! ‘Berani Semuka’ babitkan Rafizi dan Saifuddin bukan debat tapi perbincangan, kata Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak bersetuju istilah ‘debat’ digunakan untuk pada program ‘Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar?’ antara dua calon timbalan presiden, Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli.

Katanya, ini kerana kedua-dua mereka mendukung ideologi parti sama.

Beliau berkata, pentas berkenaan perlu menjadi medan perbincangan antara kedua-dua calon parti itu demi kebaikan bersama.

“Istilah debat ini lebih sesuai digunakan untuk program antara saya dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nanti kerana kami mempunyai pola pemikiran dan dasar berbeza.

“Tapi, dalam konteks ini (program Berani Semuka) yang diadakan di antara dua calon dalam parti sama, ia lebih kepada perbincangan tentang penekanan dan strategi baharu yang akan digunakan dalam satu wadah,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Dalam pada itu, Anwar turut menasihatkan para calon bertanding dalam pemilihan PKR 2022 membaca tata kelola yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Selain itu, beliau mengesyorkan supaya calon menjaga suasana persahabatan persaingan, tidak terpanggil oleh mana-mana pihak yang sengaja mengapi-apikan keadaan seolah-olah pemilihan tersebut satu pertarungan antara sesama calon parti.

“Perbincangan juga mesti diadakan dalam suasana persahabatan, mengelakkan dari meningkatkan ‘suhu’ panas yang lebih tajam,” katanya.

FMT

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/05/07/berani-semuka-babitkan-rafizi-dan-saifuddin-bukan-debat-tapi-perbincangan-kata-anwar/

Berkaitan