Sunday, April 2, 2023

Orang ramai terkejut melihat tumbuhan misteri tumbuh pada pili bomba

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba...

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Panas! Akta Anti Lompat Parti selamatkan PN – Puad

Akta Anti Lompat Parti yang telah diluluskan ketika kerajaan dipimpin Perdana Menteri dari UMNO didakwa telah menyelamatkan Perikatan Nasional (PN).

Dakwaan itu dibuat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang memberitahu, tanpa akta itu, ramai ahli Parlimen PN akan melompat parti ketika ini.

Perkara tersebut boleh berlaku susulan gabungan itu gagal menubuhkan kerajaan Persekutuan berikutan kerjasama yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) bersama Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Tanpa akta itu, ramai ahli Parlimen PN akan lompat parti. Apatah lagi ramai ahli Parlimen PN adalah bekas pelompat parti. Sepatutnya PN berterima kasih kepada BN. Akta itu digubal dan diluluskan semasa BN jadi Perdana Menteri.

“Bukti jelas ialah PN tidak dapat menghalang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dari menyokong (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sebagai Perdana Menteri.

“Padahal beberapa ahli Parlimen GRS adalah ahli Bersatu yang menganggotai PN,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Mohd Puad mengulas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan apabila berbangga PN berprinsip kerana sanggup menjadi pembangkang.

Menurut Wan Saiful, hanya PN layak bercakap mengenai prinsip sedangkan PH dan BN kini semakin hilang arah tuju kerana kuasa.

Dalam pada itu, menurut Mohd Puad lagi, penyertaan BN dalam Kerajaan Perpaduan adalah berasaskan kepercayaan.

Sebaliknya, beliau berkata, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima sokongan BN dalam kerajaannya sebelum ini dengan niat dendam.

“Dia mahu membunuh UMNO. Sebab itu Muhyiddin boleh jadi Perdana Menteri 17 bulan sahaja. Silap sendiri. Scheme of things gagal. Tiada berkat,”ujarnya. – MalaysiaGazette

Berkaitan