Sunday, May 28, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

Pakar sarankan pemandu persendirian ke tempat kerja didenda supaya naik pengangkutan awam

PETALING JAYA: Seorang perunding sistem pengangkutan menggesa caj tol dinaikkan dua atau tiga kali ganda berbanding kadar semasa bagi mengelak orang ramai yang bekerja di pusat bandar Kuala Lumpur menggunakan kereta persendirian.

Rosli Azad Khan berkata wang yang dikutip daripada “kenderaan pemandu tunggal” itu boleh disalurkan untuk menaik taraf pengangkutan awam.

Menurut kajian Pusat Tadbir Urus Tadbir dan Pengajian Politik, lebih 87% rakyat Malaysia yang bekerja di pusat perniagaan Kuala Lumpur memandu kenderaan persendirian ke tempat kerja. Ini mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan utama bandar.

Pusat itu menyarankan agar kadar tol harus dikekalkan dan subsidi petrol ditamatkan, agar lebih ramai rakyat cenderung menggunakan pengangkutan awam dan berkongi kereta.

Rosli bersetuju dengan cadangan itu. “Malah, kerajaan perlu memperkenalkan caj tol dua atau tiga kali ganda bagi kenderaan pemandu tunggal dan menyalurkan caj ini untuk menaik taraf pengangkutan awam,” katanya.

Beliau menyeru satu tindakan untuk mengatasi kekurangan akses, kesambungan dan masa perjalanan yang panjang bagi pengangkutan awam.

Kajian lepas menunjukkan 15-18% rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam, berbanding 82-85% menggunakan kenderaan persendirian.Malaysia terkebelakang berbanding negara Asia seperti Singapura dan Jepun dalam penggunaan pengangkutan awam.

“Sebagai perbandingan, Singapura mempunyai salah satu daripada bilangan pengguna pengangkutan awam tertinggi, dengan hampir 70% rakyat menggunakan pengangkutan awam dan 30% kenderaan sendiri. Tokyo mempunyai 65% hingga 35% dan London 62% hingga 38%,” katanya.

Rosli berkata perkhidmatan pengangkutan awam perlu dijadikan lebih mampu digunakan, terutama bagi mereka yang menggunakan kemudahan parkir dan menunggang motosikal.

“Parkir dan menunggang harus digalakkan dan mereka yang menggunakan pengangkutan awam harus dikenakan caj parkir yang rendah di stesen pengangkutan awam,” katanya.

Presiden Gerakan Pengguna Malaysia, Darshan Singh Dhillon senada dengan cadangan Rosli.

“Kerajaan mesti terus memperbaiki infrastruktur pengangkutan awam untuk mencapai lebih banyak kawasan dan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Kita hidup dalam iklim tropika dan ia boleh menjadi sangat panas pada waktu petang untuk berjalan ke destinasi mereka,” katanya.

Bagi cadangan berkongsi kereta, Darshan berkata ia menyusahkan sesetengah orang kerana persekitaran kerja dan keluarga yang berlainan, sebab itu tidak ramai yang berminat dengan idea tersebut.

“Sesetengah mungkin bekerja lebih masa dan sesetengahnya mungkin mempunyai komitmen keluarga yang berbeza, oleh itu memandu kenderaan sendiri sesuai dengan kemudahan mereka.

“Saya lebih suka menggunakan pengangkutan awam semasa menghadiri mesyuarat di bandar, tetapi saya perlu menggunakan kenderaan saya sendiri bila ke tempat kerja kerana tiada perkhidmatan pengangkutan awam,” katanya sambil menyatakan beliau bekerja di Kepong di mana kini tiada sambungan KTM dan MRT masih dalam pembinaan.

FMT

Berkaitan