Padu!! Ronaldo belanja rakan-rakan sepasukan makan malam

DOHA – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dilaporkan membawa rakan-rakan dalam skuad Piala Dunia negaranya keluar untuk makan malam di sebuah restoran di Pulau Al Maha, Qatar baru-baru ini, lapor Daily Mail pada Sabtu.

Sebelum makan malam itu, beliau membantu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dalam kemenangan pembukaan ketika Portugal menang 3-2 ke atas Ghana menerusi perlawanan pertama sejak penyingkirannya secara tidak sengaja dari kelab Manchester United di Old Trafford, England.

Ia berlaku ketika Portugal berusaha untuk memenangi Piala Dunia buat kali pertama.

Anggota-anggota pasukan Portugal telah bersatu selepas mereka bergambar semasa makan malam itu sekali gus menghabiskan masa bersama selepas ketua jurulatih skuad negara tersebut, Fernando Santos memberi mereka rehat daripada menyertai latihan.

Menurut El Espanol, Ronaldo membawa rakan sepasukannya keluar untuk makan malam di restoran Tatel de Doha yang baru dibuka di pulau tersebut dan mempunyai kaitan dengan bintang berusia 37 tahun itu.

Ini kerana Tatel de Doha adalah milik Mabel Hospitality iaitu sebuah syarikat yang menguruskan restoran-restoran di seluruh dunia, manakala bintang bola sepak tersebut merupakan salah seorang rakan perkongsiannya.

Anggota-anggota skuad bola sepak itu termasuk Ronaldo keluar sehingga jam 11.30 malam waktu tempatan sebelum pemain-pemain berkenaan menaiki bas mereka sendiri untuk pulang ke pusat penginapan mereka. – Agensi

Terkini

Berita Berkaitan