Thursday, October 5, 2023

Panas! Sanusi kata Kedah boleh lebih maju dari Selangor jika ada KL berhampiran

Menteri Besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md...

Akhirnya kereta terbang memang wujud, tempahan kini dibuka kepada umum..

SAN MATEO, CALIFORNIA  –  Sebuah syarikat pengeluar...

Orang Malaysia manja, 11 bulan sudah hidup udara segar, tidak reti bersyukur kata Timbalan Presiden Indonesia

Walaupun sudah dilakukan acara pembenihan awan semalam, catatan IPU jerebu di Malaysia masih lagi tinggi di beberapa kawasan sehingga menyebabkan lebih 200 buah sekolah ditutup di kawasan Selangor, Port Dickson, Putrajaya, Sarawak dan Lembah Klang.

Kejadian ini berlaku akibat daripada kebakaran hutan terutamanya yang kerap berlaku di Indonesia, khususnya di wilayah Riau yang mana asap kebakaran akan bergerak ke negara jiran terutamanya di Malaysia dan Singapura.

Ini turut diakui oleh Wakil Presidem Jusuf Kalla. Namun yang menariknya, Jusuf Kalla atau lebih dikenali sebagai JK mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia dan Singapura sepatutnya berterima kasih kepada Indonesia yang telah memberikan udara yang baik sepanjang 11 bulan yang lainnya apabila kedua negara ini meminta agar kerajaan Indonesia meminta maaf atas sebab isu jerebu ini.

Ini kerana kata beliau hutan Indonesia yang lebat membantu dalam menyumbangkan udara yang baik kepada negara jirannya selama 11 bulan dan hanya kerana jerebu yang berlaku selama satu bulan, Malaysia dan Singapura marah-marah kepada mereka.

Sumber Odisi.my

Berkaitan