Ok gais, siap sedia ye!! Saintis dakwa teknologi makhluk asing terhempas di Lautan Pasifik

CAMBRIDGE, MASSACHUSETTS – Seorang saintis dari Universiti Harvard mendakwa bahawa sejenis teknologi makhluk asing telah terhempas di Lautan Pasifik.

Ekoran itu, beliau kini sedang merancang misi untuk membuktikan dakwaan tersebut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ahli Astrofizik, Avi Loeb mendakwa sejenis kapal angkasa telah terhempas di luar pantai Pulau Manus, Papua New Guinea, walaupun Markas Pemerintahan Angkasa Amerika Syarikat (USSPACECOM) memaklumkan bahawa objek itu hanyalah sebuah meteor.

Santis tersebut telah mendedikasikan hayatnya untuk penyelidikan berkaitan bidang astronomi dan teori-teori anehnya telah mencetuskan banyak bantahan dalam komuniti saintifik.

“Penemuan kami mengenai sebuah meteor menandakan perubahan sempadan penyelidikan baharu. Persoalan asasnya adalah sama ada mana-mana meteor mungkin menunjukkan terdapat komposisi asing,” demikian potongan esei yang ditulis Loeb menerusi laporan The Debrief.

Loeb mahu membuktikan teorinya dengan menggunakan magnet kuat untuk membawa naik objek berkenaan dari Lautan Pasifik.

“Impian saya adalah mahu menekan beberapa butang pada peralatan yang dibina dari luar Bum. Kami juga boleh mengkaji objek luar angkasa itu dan menyelidik komposisi serta sifatnya,’’ jelas Loeb.

Beliau sebelum ini telah memberitahu dunia bahawa Oumuamua, sebuah objek antara bintang yang dianggap sebagai komet oleh kebanyakan komuniti saintifik telah dihasilkan secara buatan angkasa lepas. – Agensi

Saintis dakwa teknologi makhluk asing terhempas di Lautan Pasifik

Terkini

Berita Berkaitan