Tuesday, May 30, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

Oh camtu! Pertemuan Yasin Sulaiman, anak runtun hati netizen

PETALING JAYA – Pertemuan singkat penyanyi nasyid dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman bersama anak perempuannya iaitu Malaika ternyata mengundang sebak serta meruntun hati netizen.

Kegembiraan dan kasih sayang dua beranak itu dikongsi keluarga terdekat Yasin dalam akaun rasmi Instagram miliknya selepas mereka bertemu usai sesi sebutan kes di Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam.

“Hari ini (semalam) sebutan kes Yasin di mahkamah. Alhamdulillah laporan kimia sudah siap dan tarikh mahkamah yang seterusnya ialah pada 6 Julai, dua minggu dari sekarang.

“Rambut Yasin digunting oleh Barber Shop Hafis Kedah, rakan tahanan Yasin di Sungai Buloh,” tulis keterangan pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminat menitipkan doa, tidak kurang juga yang mengakui sebak melihat pertemuan singkat kedua-dua beranak itu.

“Sedihnya, saya tahu awak kuat Yasin. Alhamdulillah terubat rindu anak dan bapa.

“Berharap sangat Yasin dapat dibebaskan segera dan jalani hidup normal seperti biasa,” tulis netizen.

Mengikut pertuduhan, Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, didakwa mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu.

Bagi pertuduhan tersebut, Yasin didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Pertemuan Yasin Sulaiman, anak runtun hati netizen

Berkaitan